Isteri Da’i Farhan Berdamai Dengan Bekas Madu, Tak T0lak Suami Rujuk Balik Dengan Bekas Isteri

Isteri pendakwah bebas Da’i Farhan, Dr. Erin bersikap terbuka untuk menerima dan berbaik-baik dengan bek4s madunya, Fatin Nurul Ain.

Berkongsi beberapa foto bertemu dan berpelukan dengan Fatin, jelas Dr. Erin suaminya mengubah perspektifnya tentang hal poligami.

“Wahai zaujku, engkau manusia yang boleh memberikan jawapan dari ramai-ramai ustaz yang pernah saya tanya kenapa harus terima poligami.

“Ayang boleh memberikan jawapan yang boleh membuka hati saya untuk berpoligami walaupun saya seorang anti poligami.

“Tak mungkin saya berkongsi suami dengan orang lain. Saya rela menj4nda 100 kali pun!” tulisnya menerusi kemaskini entri di Instagram baru-baru ini.

Menyifatkan cemvhan masyarakat sebagai ujian hidupnya, tambah Dr. Erin dia akui situasi itu berjaya ditempuhi dengan tenang.

“Allah uji dulu betulkah betul-betul beriman, reda dengan segala ujian dan takdir ditetapkan walau itu paling tak mampu dihadapi.

“Allah beri saya satu tiket ujian dic3muh dik3ji sebab kahwin lelaki orang. Benda yang saya paling tak boleh hadap tapi itulah saya rasa saya dah boleh hadapi semua ini dengan hati tenang.

“Saya pun akan korban perasaan saya juga kalau itu bole membuatkan suami dan anak-anak saya gembira.

“Wahai zaujku, tetaplah memberi ilmu kebaikan walau kadang-kadang kita dianggap salah kerana kita semua pend0sa di muka bumi ini. Jalani kehidupan sebaik mungkin.

“Selagi mana saya masih isteri saya akan sentiasa berada di belakang ayang. Kalau ditakdirkan sebaliknya, ayang tetap tok imam kegemaran saya,” tambahnya.

Sementara itu, perkongsian foto bertemu Fatin dan berp3lukan antara satu sama lain membuatkan ramai yang memuji kedua-dua wanita itu.

Malah, ada yang mendoakan untuk Fatin dan Farhan kembali rujuk selepas dua bulan berc3rai.

“Alhamdulillah, semoga mereka rvjuk balik antara satu sama lain. Fatin dan Farhan hidup bahagia bersama Puan (Dr. Erin),” tulis salah seorang pengguna.

Balas Dr. Erin pula; “Saya tak pernah bermvsuh dengan siapa-siapa pun. Cuma keadaan buat saya ni j4hat.

“Insya-Allah. Doalah yang baik-baik untuk mereka.”

Dr. Erin juga sanggup meminang mana-mana wanita pilihan suaminya seandainya Farhan mengambil keputusan untuk berkahwin lain.

Mengimbas semula, Farhan telah menc3raikan Fatin ketika sedang s4rat hamil menerusi aplikasi WhatsApp pada 3 Disember tahun lalu.

Hal itu terjadi selepas Farhan mengahwini Dr. Erin ketika sama-sama mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah sebelum itu.

Hasil perkongsian hidup Farhan dan Fatin, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Fariha, 2, dan Nik Farrel Fahim yang dilahirkan pada 5 Januari lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Isteri Da’i Farhan Berdamai Dengan Bekas Madu, Tak T0lak Suami Rujuk Balik Dengan Bekas Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*