“Saya Mengaku Sedang Mengenali Seseorang Tapi…” Uyaina Arshad

Pelakon Uyaina Arshad mengakui sedang berkawan dan mengenali hati budi seseorang.

Bagaimanapun kata Uyaina, hubungan mereka belum sampai ke tahap yang serius.

“Saya belum bersedia untuk mencari pasangan buat masa ini tetapi saya juga tidak menutup hati atau perasaan untuk berkenalan dengan orang lain.

“Saya mengaku sedang mengenali seseorang tetapi tidaklah ke tahap yang begitu serius lagi,” ujarnya kepada HLive!

Tambah Uyaina lagi, buat masa ini dia mahu memberikan fokus pada kerjaya terlebih dahulu.

“Tahun 2020 ini adalah tahun di mana saya betul-betul mahu mendedikasikan perjalanan karier saya.

“Saya nak pastikan cita-cita dan impian atau apa sahaja yang berkaitan dengan kerjaya saya tercapai terlebih dahulu,” katanya.

View this post on Instagram

Siapa boleh kupas udang DALAM MULUT macam Allen? 🥴 @seanlje . Jujurlah Nikahi Aku 💍 Episode 2, pukul 7 malam ini! Astro Ria & Ria HD #UyainaArshad #JujurlahNikahiAku #JNA

A post shared by UA (@uyainaarshad) on

Dalam perkembangan terbaru, Uyaina kini muncul dengan drama terbaru berjudul Jujurlah Nikahi Aku yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DV

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Saya Mengaku Sedang Mengenali Seseorang Tapi…” Uyaina Arshad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*