“Rasa sunyi bila cuti sekolah” uncle cina ini gembira tunggu depan tadika bagi hadiah pada anak murid

Tahun Baru Cina sudah hampir seminggu dirai. Sudah tentu ramai yang menyambutnya bersama keluarga tersayang kerana ketika itu ramai yang berkumpul di rumah keluarga.

Cuti sekolah turut berlangsung dan membuatkan persekitan kawasan tersebut turut sunyi tanpa kehadiran pelajar. Bagi individu yang mempunyai rumah berhampiran sekolah, sudah tentu dapat merasai perbezaan itu.

Nampak gembira bila beri hadiah

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh pengguna media sosial dikenali sebagai Wahayujuremi Wahayu, dia telah berkongsi beberapa foto seorang lelaki berbangsa Cina yang tersenyum girang apabila memberikan hadiah kepada murid-murid sekolah tadika.


Jelas terpancar diwajah lelaki Cina itu riak gembira kerana bertemu dengan anak-anak tadika Islam yang sememangnya menjadi penyeri hari-harinya.

Menurut  pengguna Facebook itu lagi, lelaki tua tersebut sangat baik dan berasa sunyi apabila cuti persekolahan bermula tempoh hari.

Dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai komen diruangan Facebook sumber. Rata-rata mereka memuji tindakan baik uncle Cina itu kerana dilihat begitu menyayangi anak-anak kecil tersebut.

Mereka juga berharap agar tiada sentimen perk4uman yang dapat mengh4ncurkan perpaduan kerana perkara tersebut perlulah disemai sejak kecil lagi.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Wahayujuremi Wahayu

Be the first to comment on "“Rasa sunyi bila cuti sekolah” uncle cina ini gembira tunggu depan tadika bagi hadiah pada anak murid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*