Arahan Dikeluarkan Untuk SKMM Periksa Akaun Sajat.Tak Sangka Ini Mereka Jumpe

KUALA LUMPUR: Penilaian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap konteks keseluruhan kandungan berbentuk gambar serta keterangan yang dimuat naik di akaun media sosial usahawan kosmetik, Nur Sajat, mendapati tiada sebarang elemen kesal4han.

Menerusi kenyataan kepada BH, suruhanjaya itu memperincikan kandungan yang dimuat naik menerusi laman Instagram usahawan kontroversi berkenaan tidak memenuhi elemen kesal4han berunsur lu4ah, sumb4ng, p4lsu, meng4ncam atau j3lik dengan niat untuk meny4kitkan hati, meng4niayai, menggug4t atau mengg4nggu orang lain.

“Penelitian bagi mengenal pasti wujud sebarang elemen sal4h laku itu dikendalikan SKMM seperti yang termaktub mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

“(Oleh itu), tiada tindakan lanjut setakat ini daripada SKMM,” katanya, hari ini.

Nur Sajat atau nama penuhnya, Muhammad Sajad Kamaruzzaman, sebelum ini dilaporkan mengundang kontr0versi apabila mengenakan pakaian jemaah wanita dan berada di ruang solat wanita ketika di Makkah sehingga tular di media sosial.

Jurucakap Albayt Travel (M) Sdn Bhd, semalam berkata, Sajat mengaku sebagai lelaki dan tidak pernah memberitahu beliau adalah seorang khunsa ketika mendaftar untuk mengerjakan umrah.

 

Bagaimanapun, syarikat itu mendakwa Sajat menukar keterangan apabila memberitahu mutawwif di Tanah Suci bahawa dirinya seorang khunsa.

Tindakan itu mendapat kec4man dan krit1kan masyarakat, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof, yang mengakui pihaknya menerima banyak aduan daripada jemaah dan mereka yang menyaksikan perbuatan Sajat berpakaian wanita, selain bergaul dan berada di ruang solat muslimat.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, kelmarin dilaporkan berkata, lesen agensi pelancongan yang menguruskan umrah Sajat boleh dibatalkan jika mengulangi kesil4pan sama pada masa depan.

Selain itu, kementerian berkenaan bersama pegawainya akan bertemu dengan pengurusan agensi terbabit dan menasihatkan mereka untuk lebih teliti dengan pengurusan jemaah umrah.

Sumber Bharian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

 

Be the first to comment on "Arahan Dikeluarkan Untuk SKMM Periksa Akaun Sajat.Tak Sangka Ini Mereka Jumpe"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*