Tul4r gambar Najwa Latiff sudah pun berkahwin siap ada ank. Akhirnya Najwa tampil dedahkan cerita sebenar yang mengejutkan warganet.

PENYANYI muda berbakat yang dicungkil melalui laman YouTube, Najwa Latif tampil menafikan bahawa dirinya sudah berkahwin dengan seseorang. Najwa atau Imratul Najwa Abdul Latif, 21, sedikit terkejut dengan berita mengatakan dirinya sudah berkahwin malah menyifatkan penyebaran gambar itu sebagai sesuatu yang melucukan.

Menurut penyanyi yang melonjak naik dengan lagu Cinta Muka Buku ini kepada sebuah portal akhbar, gambar itu sudah disebarkan oleh orang ramai sejak tahun lalu. “Terkejut juga kerana (wanita itu) ada iras sedikit dengan saya. Tetapi saya belum kahwinlah. Sebenarnya saya sudah lihat gambar itu sejak tahun lalu.

“Tetapi apabila diam4ti semula, kami tidaklah begitu seiras. Mungkin gaya senyumannya yang membuatkan wajah kami seakan-akan serupa,” katanya. Nama Najwa menjadi viral semalam dek penyebaran foto kahwin itu. Inilah foto yang hangat diperkatakan di laman sosial semalam.

Namun pemilik kepada foto itu dikenali sebagai Norreen telah tampil memberi penjelasan di laman Twitter bahawa gambar itu miliknya dan bukan Najwa Latif. Jelas Najwa lagi kepada portal tersebut, dia mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya mahu memuat naik gambar agar tidak menjadi sasaran individu tidak bertanggungjawab seperti yang dialami oleh sesetengah selebriti tanah air.

Baru-baru ini kecoh di laman internet apabila tersebarnya gambar Mira Filzah yang menunjukkan dia sedang bergambar dengan objek menyerupai bentuk alat sulit lelaki. “Sebab itu dalam media sosial, saya akan lihat dulu gambar dengan memikirkan apakah impak gambar itu sekiranya ia dimuat naik.

“Sebagai selebriti, kita perlu berbuat demikian memandangkan ramai pihak yang tidak bertanggungjawab dalam alam maya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 21 tahun itu bakal muncul dengan single baharu berjudul Biar, hasil ciptaan bersama kakaknya, Ika Latif.

SUMBER : Kedahnews

Artikel lain : Lama Menyepi, Rupa-Rupanya Najwa Latif Kini Bergelar Seorang Pensyarah. Makin Cantik & Ayu!

Nama Najwa Latif mula mencipta fenomena menerusi lagu Cinta Muka Buku dan Carta Hati. Selepas kemunculan Najwa Latif, semakin ramai penyanyi muda yang berani menonjolkan bakat mereka. Najwa Latif ibarat benchmark dan lagunya memang menjadi siulan anak muda. Disebabkan itulah Najwa Latif mampu kekal lama di dalam industri kerana dia punya bakat yang cukup luar biasa.

Tetapi sejak kebelakangan ini, nama Najwa Latif semakin sepi dan seakan sudah tidak kedengaran lagi selepas dia menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Rupa-rupanya, Najwa kini telah pun bergelar seorang pensyarah di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) sejak beberapa bulan lalu.

Bukan itu sahaja, difahamkan juga bahawa Najwa juga sedang menyambung pelajaran di Universiti Malaya (UM) dalam peringkat Sarjana. Disebabkan itulah Najwa terpaksa memperlahankan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dek kerana tuntutan tugas yang lain.

 

Katanya kepada Utusan, “Memang agak penat kerana terpaksa lakukan beberapa kerja dalam satu masa. Bila sudah jadi tenaga pengajar, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan terutama tumpuan terhadap pelajar. Dalam masa yang sama, saya tidak boleh ambil mudah dengan pengajian sendiri dan kerjaya seni. Sebab itu saya masih lagi cuba seimbangkan semuanya.

Najwa turut melahirkan rasa gembira kerana impiannya untuk bergelar pensyarah muda tercapai. Diberi peluang untuk belajar Bahasa Inggeris, Najwa gembira kerana dapat berkongsi ilmu dengan para pelajar. Walaupun masih muda, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengajar kerana mereka menghorm4ti Najwa sebagai seorang pensyarah walaupun mereka mengenali siapa dirinya.

Berbicara soal kerjaya seni, Najwa akui populariti bukanlah titik utama dia berkecimpung di dalam industri hiburan tanah air. Baginya, cukup sekadar dirinya diterima ramai. Itu sudah dikira sebagai satu kejayaan. Malah dia bersyukur kerana lagu-lagunya masih lagi dimainkan di corong-corong radio meskipun dihimpit dengan kemunculan penyanyi baru yang muda dan berbakat. Tambahnya, kemunculan penyanyi muda merupakan petanda bahawa industri muzik semakin berkembang pesat.

Sumber: Utusan Online

Artikel lain : Tugas pensyarah tak halang Najwa menyanyi

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Najwa Latif, 23, belum terfikir untuk meletakkan titik noktah pada kerjaya nyanyian walaupun sudah bergelar pensyarah sejak Februari lalu. Bertugas di UNITAR International University (UNITAR), penyanyi yang mula dikenali pada 2012 dengan lagu Cinta Muka Buku itu mengajar subjek Bahasa Inggeris di institusi pengajian tinggi terbabit.

Kata Najwa, mungkin ramai peminat menganggap dirinya mula menyepikan diri daripada dunia seni berikutan jarang lagi muncul di kaca televisyen mahupun radio. “Saya tidak nafikan, ada peminat bertanyakan mengenai status kerjaya seni saya ketika ini. Untuk pengetahuan mereka, saya masih menyanyi dan undangan mengadakan persembahan juga diterima seperti biasa. Malah, setiap bulan ada sahaja jemputan yang saya penuhi.

“Saya juga masih aktif menghasilkan lagu. Kira-kira lapan bulan lalu, saya tampil dengan single ciptaan sendiri berjudul Jauh, manakala liriknya hasil tulisan kakak saya, Syafiqah. Alhamdulillah, sambutan yang diterima tetap positif.

“Pada bulan depan pula saya akan merakamkan single baharu diberi judul KLIA (Kau Lupa Itu Aku). Ia sebuah lagi karya hasil ciptaan kami berdua,” katanya kepada BH Online. Enam tahun membabitkan diri dalam seni suara, Najwa akui populariti bukan lagi keutamaan dirinya.

“Pada usia sekarang, saya tidak lagi mengejar populariti. Meskipun nama saya mungkin tidak lagi sehangat dulu, namun saya gembira dengan kehidupan dilalui kini. Fokus utama saya saat ini adalah pada keluarga, pelajaran dan diri sendiri. Selebihnya, saya serahkan pada ketentuan rezeki.

“Jujurnya saya gembira dengan kehidupan sekarang. Selain menyanyi dan bekerja sebagai pensyarah, saya juga menyambung pengajian pada peringkat sarjana dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya,” katanya.

Menurut Najwa, dia turut memasang impian menyambung pengajiannya ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan sama. “Apatah lagi, memang sejak dulu saya bercita-cita untuk menjadi pensyarah Bahasa Inggeris,” katanya.

Sumber : EmpireMediaNetwork/Slamber Media

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Tul4r gambar Najwa Latiff sudah pun berkahwin siap ada ank. Akhirnya Najwa tampil dedahkan cerita sebenar yang mengejutkan warganet."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*