Pelakon Uyaina Arshad yang semakin mendapat perhatian ramai!

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad kini semakin mendapat perhatian ramai apatah lagi selepas kemunculannya menerusi drama terbaru bertajuk, Jujurlah Nikahi Aku.

Siapa sangka, dramanya membawa watak sebagai wanita cacat bernama Nurin mendapat respon luar biasa daripada penonton dan peminatnya.

Malahan juga tidak henti-henti peminat dan pengikut memberikan maklum balas positif di beberapa posting Uyaina Arshad yang mana selebriti ini juga aktif menerusi laman Instagram.

Selebriti ini juga sangat sinonim dengan penampilan cantik yang berhijab malah tampak manis dan sopan. Malahan pelakon berhijab ini tetap membawa watak dengan baik sehingga peminat juga menjadikan dirinya sebagai idola.

Apapun, peminat turut mengaguminya yang berjaya membawa watak dengan baik dalam drama terbaru arahan daripada Rashid Sibir.

Menerusi drama berkenaan juga, Uyaina Arshad bergandingan dengan pelakon kacak yang sering menjadi perhatian ramai, Sean Lee. Drama ini boleh ditonton setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam di Astro.

Namun begitu, drama ini sebelum ditayangkan juga sudah menjadi bualan ramai apabila drama berkenaan turut dilakonkan oleh, Raja Azura.

Lakonan Uyaina Arshad terima respon baik penonton

Ini antara komen ramai buat Uyaina Arshad yang ditinggalkan menerusi ruangan komen dilaman Instagram miliknya. Nampaknya, selebriti ini bakal menempa nama dalam dunia lakonan sebaris dengan pelakon-pelakon hebat tanah air.

“Kenapa kak berlakon hebat sangat…”

Pelakon Uyaina Arshad

Pelakon Uyaina Arshad

 

Pelakon Uyaina Arshad

“Moga-moga dapat trofi pelakon wanita terbaik…”

Screenshot_117

Screenshot_118

Screenshot_119

 

Screenshot_120

Screenshot_122

 

Screenshot_123

Biodata Uyaina Arshad

1. Nama penuhnya, Shaidatul Naseha Uyaina binti Arshad.

2. Lahir pada 16 November 1992 di Kuala Kangsar, Perak, Malaysia. Kini berusia 28 tahun.

3. Anak bongsu daripada empat adik-beradik.

4. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti Malaya.

5. Selain berlakon, beliau juga aktif sebagai pengacara, wartawan penyiaran, model dan usahawan.

6. Menceburi dunia seni sejak tahun 2015.

7. Bekas Juara Pencarian Nona Manis 2015.

8. Pemenang pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 sekaligus menewaskan peserta-peserta dari Singapura, Brunei, Turki, Timor Leste dan Indonesia.

9. Mengambil alih peranan Fauziah Gous sebagai hos rancangan Nona dari tahun 2016 hingga 2017.

 

10. Antara lain, beliau turut mengemudikan program Kashoorga Talk siaran Astro Oasis pada 2017, D’Academy Asia musim keempat pada 2018, Wanita Hari Ini tayangan TV3 sejak 2018 dan Pesona Pengantin di Astro Ria pada 2019.

11. Pembabitannya di layar kaca menerusi drama Lelaki Kiriman Tuhan dan Curi-Curi Cinta.

12. Karier seninya turut berkembang hingga ke negara jiran, Indonesia.

13. Melibatkan diri sebagai pelakon teater semasa masih menuntut di pusat pengajian tinggi.

14. Menggemari aktiviti sukan lasak.

15. Pada 2019, beliau mendedahkan telah menghidap penyakit jantung selepas memasuki wad dan disahkan oleh pakar kardiologi.

Foto :

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @pisang daily

 

Sumber: Uyaina Arshad via HCL

Be the first to comment on "Pelakon Uyaina Arshad yang semakin mendapat perhatian ramai!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*