Ini Cara Yang Betul dan Cara Yang Salah Untuk Masak Mi Segera.Laa… Selama Ini Guna Cara Yang Salah

Ini Cara Yang Betul dan Cara Yang Salah Untuk Masak Mi Segera.Laa… Selama Ini Guna Cara Yang Salah

Siapa yang tak suka makan mi segera.? Rasanya yang enak dengan bermacam jenis perasa, mudah dan cepat dimasah. Admin sendiri pun suka makan mi segera. Namun ada beberapa perkara yang kita perlu tahu tentang mi segera.

Mi segera merupakan makanan yang diproses dan tinggi kandungan bahan pengawet Mono Sodium Glutamate (MSG). MSG tidak memudaratkan kesihatan individu dengan cara mendadak, tetapi secara perlahan-lahan. Ramai juga yang sedar, mi segera disalut dengan pengawet makanan dan ianya amat berbahaya pada tubuh jika diambil secara berterusan.

Tetapi kenapa masih ramai yang seakan ketagihan makanan ini?

Perkara ini telah mendatangkan kerisauan pada para doktor, kerana kesannya terutama kepada kanak-kanak dan wanita hamil adalah amat membimbangkan. Lebih-lebih lagi bila individu tersebut makan mi segera lebih daripada tiga kali seminggu.

Bagi kanak-kanak, ketagihan ini boleh menyebabkan mereka mengalami masalah penyerapan nutrisi manakala mi segera mampu menyebabkan keguguran dan mengganggu proses pertumbuhan janin.

Mi segera merupakan penyebab kepada peny@kit kronik terutamanya pada serbuk perasanya. Dr Zubaidi Hj Ahmad, seorang pakar dalam bidang perubatan tidak melarang anda untuk makan mi segera jika tiada pilihan makanan, cuma elakkan daripada memasukkan kesemua serbuk perasa dan tidak menghirup kuah jika boleh.

Jadi beliau terpanggil untuk memberitahu kaedah yang BETUL dan SALAH dalam memasak mi segera. Supaya makanan tersebut tidak menjadi toksik kepada badan anda.

CARA YANG SALAH:

Memasukkan mi ke dalam periuk bersama air, isi serbuk perasa dan biarkan bahan mendidih selama 3 minit.

Nota: Dengan merebus kesemua bahan tersebut (terutamanya serbuk perasa – MSG), ianya akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan ianya menjadi toksik.

CARA YANG BETUL:

  1. Rebus mi di dalam periuk berisi air.Setelah mi masak, toskan mi dan buang air yang mengandungi bahan pengawet.
  2. Rebus air dalam periuk lain (air baharu) sehingga mendidih, masukkan mi ke dalam air dan m@tikan api.
  3. Hanya pada tahap ketika api dim@tikan, dan ketika air masih sangat, masukkan serbuk perasa.
  4. Jika anda mahukan mi kering, keluarkan mi dan masukkan serbuk perasa dan toskan mi.

Kaedah ini perlu dilakukan agar kandungan makan pengawet yang masuk ke dalam tubuh kita boleh dikawal dan tidak menyebabkan kemudaratan pada tubuh. Tanpa sedar, ramai antara kita masak mi segera dengan cara yang salah disebabkan rasa mahu cepat dan merasakan cara tersebut lebih mudah. Hal ini menyebabkan kita akan mudah untuk mendapat peny@kit yang disebabkan oleh bahan-bahan yang terkandung di dalam mi segera.

Oleh sebab itu kita perlu memasak dengan menggunakan kaedah yang betul agar risiko untuk mendapat kesan negatif akan lebih rendah.

Sumber: kalamindah

Apa pandangan anda?Jika suka artikel ini sila share,like dan komen ya.Terima kasih setia membaca Majalah Utusan.

Be the first to comment on "Ini Cara Yang Betul dan Cara Yang Salah Untuk Masak Mi Segera.Laa… Selama Ini Guna Cara Yang Salah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*