“Patutlah ramai pergi sana” – Wuhan Bukan Bandar Cikai, Rupanya Ada Bangunan Futuristik & Masjid Yang Boleh Tampung 500 Jemaah

Sejak tularnya wabak cor0nav1rus di China dan beberapa negara di dunia, nama bandar di negara China ini sering disebut-sebut.

Malah kita juga sering terfikir, apa yang hebat sangat bandar Wuhan ni sampai beribu-ribu orang ke sana dan berjuta pulak rakyatnya pergi bercuti ke serata dunia. Hmm ye tak ye jugak ye!

Menerusi perkongsian Khairul Azri di Twitter, dia ‘bongkar rahsia’ mengenai bandar Wuhan yang bakal mengejutkan korang semua. Nah baca kat bawah!

Wuhan terkenal sejak 3,500 tahun dulu sebagai tempat pelabuhan teh

Sebelum coronavirus merebak, admin yakin tak ramai yang pernah dengar nama bandar Wuhan di China ini.

Menurut tweet Khairul Azri ni, Wuhan sebuah bandar yang terletak di tengah-tengah negara China. Ia telah terkenal sejak 3,500 tahun dahulu sebagai tempat pelabuhan teh di lembah Sungai Yangtze.

Wuhan juga ibu negeri bagi Hubei, China. Ia antara bandar terbesar dengan 10.76 juta penduduk.

Pakar bina jambatan, kejuruteraan keretapi berkelajuan tinggi dan industri berteknologi tinggi

Wuhan ni kalau dibandingkan kat Malaysia macam Kuala Lumpur lah atau jauh lebih advanced dari mana-mana ibu kota kat Malaysia ni kerana bandarnya terkenal dengan kepakaran dalam pembinaan jambatan, kejuruteraan keretapi berkelajuan tinggi dan industri berteknologi tinggi.

Lebih menarik, 50% jambatan yang dibina di dunia dan jugak 60% keretapi kelajuan tinggi direka dan dibuat di Wuhan tau! Sebab tulah banyak rakyat kita yang bertugas di sana.

Wuhan bandar terpenting, jadi penyumbang ekonomi terbesar China

Tahu tak kenapa Wuhan ini sangat penting bagi negara China? Hal ni kerana ia boleh dikatakan antara wilayah industri atau pengilangan yang terbesar di China selain Guangzhou, Shenzen dan Hangzhou.

Ia antara bandar yang terpenting kerana merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi China. Gambar kat bawah merupakan Wuhan Economic & Technological Development Zone.

Sektor pengilangan berkembang maju di Wuhan, banyak ub4tan & kereta dikilang dari sana

Pernah nampak mask yang viral sebab ia dikilangkan dari Wuhan? Haa korang jangan tak tahu yang sektor pengilangan utama di Wuhan ialah dalam bidang teknologi tinggi, optikal, automobile, iron & steel, pharmaceutical dan lain-lain. Ub4t yang korang makan tu pun dari Wuhan ye, mana tau!

Kereta jenama Citroen pun dibuat di Wuhan tau untuk pasaran rantau Asia.

Wuhan ada makm4l biol0gi?

Menambah sedikit kontroversi, bandar ini juga mempunyai sebuah makm4l biol0gi yang dibina kerajaan China untuk kaji pelbagai jenis v1rus berbah4ya di dunia. Makm4l ni bukan makm4l biasa-biasa kerana ia direka dengan standard bioh4zard tertinggi.

Macam mana v1rus boleh tersebar walaupun ada kajian dan keselamatan yang hebat ni? Wallahualam…

Islam sudah bertapak di Wuhan sejak abad ke-16 lagi

Bagi yang tak tahu, Islam sudah bertapak di bandar Wuhan semenjak abad ke-16 lagi.

Malah masjid pertama dibina di wilayah tersebut ialah Wuhan Qiyijie Mosque atau Wuhan Chengwai Mosque yang boleh menampung sebanyak 500 jemaah dalam satu-satu masa. Ia terletak di Jalan Qiyi. Maknanya ada orang Islam lah di Wuhan ye!

Macam tak percaya kan bila dapat tahu fakta mengenai bandar Wuhan ni? Nah admin kongsikan gambar lagi dari tweet Khairul Azri berkenaan bandar Wuhan. Bangunannya sangat futuristik dan lawa ye.

Cantikkan? Tak sangka dalam sekelip mata sebuah bandar yang hebat dan gah macam ni jadi gh0st town lepas sebuah wab4k tersebar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

SUmber : Lobak Merah

Be the first to comment on "“Patutlah ramai pergi sana” – Wuhan Bukan Bandar Cikai, Rupanya Ada Bangunan Futuristik & Masjid Yang Boleh Tampung 500 Jemaah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*