Isteri Kedua Amar Asyraf Dicer4ikan Dengan Tal4k Tiga, Saya Redha Tapi Mohon Selesaikan Di Mahk4mah.

ISTERI kedua kepada pelakon Amar Asyraf iaitu Vivi Jeffry mendedahkan dia sudah dicer4ikan talak tiga oleh suaminya secara bersemuka ‪pada 4 November‬ tahun lalu.

Bagaimanapun Vivi berkata sehingga kini Amar masih berdiam diri dan enggan bekerjasama untuk menguruskan proses percer4ian mereka di mahk4mah.

“Ya, Amar sudah mencer4ikan saya dengan tal4k tiga pada 4 November tahun lalu dan lafaz itu dibuat secara bersemuka. Saya sudah lama mendiamkan perkara ini sebab ingatkan nak selesaikan secara senyap-senyap.

Amar dan isteri pertamanya, Arna.

“Tapi lain pula jadi apabila dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sampai sekarang malah dia juga telah menyekat saya daripada daripada menghubunginya.

“Memang sehingga kini saya tak dapat langsung nak hubungi dia. Jadi tak ada cara lain, saya nak mengambil peguam untuk bantu menguruskan proses percer4ian ini” kata Vivi kepada mStar.

Sebelum ini, seorang wanita bernama Ellika Azman mendedahkan dia hampir berkahwin dengan Amar namun perancangan itu gagal selepas mengetahui aktor tersebut mempunyai seorang lagi isteri dan anak hasil perkahwinan kedua.

Menerusi laporan mStar ‪pada 11 Oktober‬ tahun lalu, isteri kedua Amar iaitu Vivi tampil membuka mulut dan mengaku mereka sudah berkahwin beberapa tahun lalu.

Jadi tak ada cara lain, saya nak mengambil pegu4m untuk bantu menguruskan proses percer4ian ini.
VIVI JEFFRY

Kata Vivi, dia menyimpan rahsia itu demi menjaga nama baik Amar selain menyedari statusnya sebagai isteri kedua.

Dalam pada itu, Vivi yang bekerja sebagai penerbit di sebuah stesen TV ini berharap Amar tampil memberi kerjasama dan menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

“Sebenarnya saya sudah reda dengan takdir rumah tangga kami jadi seperti ini dan saya kesian juga dengan dia. Sejujurnya saya tak simpan pun perasaan mar4h atau dend4m terhadapnya.

Seorang wanita bernama Ellika dedah hampir berkahwin dengan Amar.

“Apa yang saya nak hanyalah Amar tampil untuk menguruskan proses percer4ian itu dengan segera. Supaya saya pun boleh teruskan kehidupan dengan anak seperti biasa,” ujarnya.

Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan dan pengesahan Amar gagal apabila panggilan telefon tidak berangkat.

Amar mendirikan rumah tangga dengan isteri pertamanya,Arna pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Taufiq dan Ammara Dian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Isteri Kedua Amar Asyraf Dicer4ikan Dengan Tal4k Tiga, Saya Redha Tapi Mohon Selesaikan Di Mahk4mah."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*