Elly Mazlein tampil bertudung ketika majlis bertandang di Kelantan. Memang cantik sehingga mendapat pujian warganet.

Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi atau Elly Mazlein merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia berasal dari Slim River, Perak. Beliau mewarnai dunia seni menerusi penerbitan empat buah album studio yang mengandungi lagu-lagu berkonsepkan Pop dan Irama Malaysia.

Minggu lepas pada 18 Januari yang lalu, pelakon Elly Mazalein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina telah seIamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan Mohamad Azlan Che Nuh dengan majlis yang penuh gilang gemiliang. Hingga ke hari ini, warganet masih mengingati setiap detik majlis yang sangat mewah dan cantik.

Hari ini pula adalah majlis sambut menantu yang dibuat di Kuala Krai, Kelantan tempat kelahiran Azlan. Kak Lina nampak sangat cantik mengenakan baju berwarna serba putih hasil rekaan Jimmy Couture dan juga Kak Lina turut memakai hijab.

Tq Sudi Menyambutku Wahai Keluarga Mertua.. Tq kerana bg lina rasa semua ni .. Tq atas kasih sayang ini .. Terasa diri disayangi. Alhamdulillah. Rata-rata peminat turut berkongsi rasa gembira melihat kebahagian Kak Lina sekarang. Mereka turut mendoakan agar hubungan suami isteri antara Kak Lina dan Azlan akan terus berkekalan. Ramai yang tak sabar tunggu Kak Lina kongsikan gambar penuh Kak Lina serta gambar majlis di sana.

Kak lina cantik! Tahniah.. smoga bbhgia sntiasa.. lepasni review kecek kelate lah si minah #kg people ni Masya Allah Tabarakallah.. Cantiknya… Alhamdulillah, tahniah sekali lagi.. Semoga berkekalan hingga FIRDAUS.. Aamiin

Alhamdulillah.. smua insan berhak utk bhgia kak.. smoga kekal hingga jannah kak Terima kasih kaklina pom pom… Hadir di kuala krai berpakaian menutup aur4t dan bertudung…Selamat datang di kuala krai kelantan. Setiap Kata2 kak lina..

menggambarkan keikhlasan..kak lina jujur mencari kebahagian..semoga kekal bahagian hingga ke jannah..wahai suami kak lina..semoga engkau merasa keihklasan isteri mu..bukan wang ringgit yg dicari tapi kasih dan Syg yg diraih dari mu..

Dikatakan Macam Mak Dan Ank Gara Gara Jarak Umur Dengan Suami 10 Tahun. Tak Sangka Ini Respon Padu Elly Mazlein.

Perkahwinann antara Elly Mazlein dan pasangan Azlan masih lagi diperkatakan oleh warganet. Rata-rata mereka sangat gembira melihat Kak Lina sekarang yang telah bertemu jodoh setelah hampir 5 tahun berpisah dengan bekas suami, Azmi pada tahun 2015.

Walaupun perbezaan umur yang agak ketara sebanyak 10 tahun itu tidak menghaIang cinta antara mereka terus bertaut. Umur Cikgu Azlan 29 tahun manakala umur Kak Lina 39 tahun. Tetapi menurut Kak Lina sebenarnya ada juga suara-suara sumbang dibelakang yang mengatakan mereka berdua kelihatan seperti mama dan anak. Bagi Kak Lina, dia bersifat terbuka menerima pandangan orang luar dan tidak mahu cepat melatah atau ambil hati dengan kata-kata warganet di luar sana.

Ada yg cakap mcm mama & anak .. kepommmm suke #JanganCepatAmbilHatiDenganKataKataOrang. Perkongsian dan luahan Kak Lina turut mendapat sokongan dari para peminat. Mereka menasihatkan Kak Lina supaya mengabaikan kata-kata yang tidak elok yang boleh memberikan aura negatif dalam rumah tangga mereka berdua. Malah ada juga yang berkongsi pengalaman berkahwin dengan pasangan lelaki yang lebih muda seperti Kak Lina.

@iamellymazlein , suami ai pun muda 10 tahun dari ai.. Kadang² orang cakap macam kakak dan adik.. Tapi ada ” Ai kesah !!” Cikgu nampak matang… elok jerr. Kak lina take care lagi laa segak. Apa pun terus berbahagia hingga ke jannah. Amin. Sama cantik..sama muda..lgsung x nmpk perbezaan tu.. @iamellymazlein semoga bahagia dan kekal ke jannah..aamiin

Ok lah anak dengan mama.. ank ikan emas lah rezeki maksud nya.. janji hlal .. mo cerita apa belakang cerita janji tambh muda lah kak kepom kiterrr sedut colagen anak lah katakn … i love kak kepom. Mama & anak pon xpa… asalkan tak ambik laki org. arrr gitchewww

‘Pada mulanya tak yakin, tapi Azlan ada usaha’ – Elly Mazlein

Elly Mazlein, 40, akui pada mulanya dia tidak rasa yakin untuk mendirikan rumah tangga dengan suaminya Mohammad Azlan Che Noh. Namun selepas melihat pelbagai usaha yang dilakukan Azlan, 30, yang lebih mesra dengan panggilan Awan Nano itu, hatinya sudah terpikat.

“Sebenarnya masa mula-mula berkenalan itu saya tak rasa yakin untuk menerimanya kerana perbezaan usia yang ketara. “Agak susah juga saya nak memahami Azlan tapi lama kelamaaan dia pula yang lebih memahami saya meskipun kerjaya kami berbeza.

“Lama kelamaan kami menjadi serasi,” katanya yang ditemui selepas majlis akad nikah dan resepsi. Dengan hanya sekali lafaz, Elly selamat diijabkabulkan dengan dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Tambah Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina itu, apa yang membuatkan dia terpikat lagi dengan suaminya yang juga seorang guru itu adalah kerana kesungguhannya. “Dia sangat jujur dan berusaha lebih untuk dapatkan hati saya serta anak dan bapa saya.

Elly Mazlein Dedahkan Yang Abah Dia Sweet Sangat Sanggup Tunggu Menantu Balik Sekolah. Tak Sangka Ini Layanan Abah Untuk Menantu Cikgunya.

Selain berkongsikan kemeriahan dimajlis perkahwinan, Elly Mazlein juga berkongsikan kisah bapanya yang dipanggil abah dilaman sosial Instagram. Sedia maklum, pelakon dan pengacara ini akhirnya sah bergelar isteri kepada seorang cikgu,

Mohamad Azlan pada sabtu lalu dan perkara itu bagaimanapun membuatkan abah Elly Mazlein ini juga sangat bahagia. Kongsi Elly Mazlein, dia melihat betapa sayang abahnya terhadap suami yang sekaligus membuatkan pelakon Kampung People ini turut bahagia.

“Abah tercinta… tq abah… kite nampak betapa sayangnya abah dekat suami kita. Kite bahagia sangat tengok abah bersembang, ketawa, tunggu menantu balik sekolah utk makan sekali, cerita isu semasa, kerap WhatsApp menantu, bagi hadiah dekat menantu dan paling kita happy bile abah selalu nasihat kite jaga suami baik baik.”

“InsyaAllah abah, kite akn cuba buat yang terbaik… kite tau kite tak sempurna… banyak lagi kite perlu belajar. Kite bukan saja nak jadi isteri yang baik dan taat, malah kite pun nak jd anak yang baik buat abah, InsyaAllah.”Wahai Abah .. tq diatas segala yangg abah curahkan kepada kite dari baby hinggalah sekarang..

Alhamdulillah sekarang kite da punya suami .. InsyAllah Menantu & Kite akn jaga abah sampai bila bila ya .. Azlan , Kita & Sara Sefhia akn sentiasa bersama abah. Kita sayang abah Mama .. kita bahagia Sgt, mama .. Mama …kite rindu mama sgt2 Al- Fatihah utk Mamaku Sayang

Bagaimanapun, Elly Mazlein juga mengucapkan terima kasih buat abahnya dan bersyukur kerana dia kini mempunyai suami. Diruangan komen, rata-rata mengaminkan doa Elly Mazlein dan turut meluahkan rasa sebak mendengar luahan daripada pelakon ini.

“U deserve it sistur, semoga kekal till jannah” “Aminn tahniah kak… sebak pulak kita”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Elly Mazlein via SINAR VIRAL via HCL

Be the first to comment on "Elly Mazlein tampil bertudung ketika majlis bertandang di Kelantan. Memang cantik sehingga mendapat pujian warganet."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*