‘Duit Boleh Dicari..’ – Saat mendapat tahu isterinya jatuh S4kit dengan tiba-tiba, Aaron Aziz terus tinggalkan set penggambaran!

MALAYSIA: Kadang-kadang, kesibukan bekerja boleh membuat sesetengah orang seolah-olah mengabaikan aspek kehidupan yang lain. Ini lebih-lebih lagi apabila diri merasakan sedang di puncak kerjaya, perkara penting seperti masa keluarga ibarat diketepikan.

Namun pelakon Aaron Aziz membuktikan sebaliknya baru-baru ini dengan melepaskan satu peluang keemasan yang sudah lama dinantikan, demi isteri.

LEBIH BAIK LEPASKAN REZEKI DEMI ISTERI

Malaysiakini melaporkan baru-baru ini, pelakon asal Singapura itu diberikan kesempatan berlakon dalam satu terbitan HBO Asia, yang sudah lama ditunggu-tunggu. Malah, beliau sudah berada di Batam, Indonesia bagi menjalani proses raptai bagi menjayakan drama berjudul Grisse itu.

 

Namun, apabila mendapat tahu isterinya Diyana Halik jatuh saket dengan tiba-tiba, Aaron tanpa teragak-agak menarik diri demi menjaga isterinya. Tegas Aaron, keputusan itu dibuat dengan rela hati dan tanpa gesaan mana-mana pihak, termasuk Diayana sendiri.

“Dia (isteri) rasa sangat bersalah, dia tidak minta saya balik tetapi tawaran berlakon itu saya tolak juga untuk membolehkan saya menjaga isteri,” katanya seperti ditukil Malaysiakini.

Beliau menambah, penerbit drama HBO Asia itu dapat melihat kerisauan di raut wajahnya semasa berlakon, justeru memberi kebenaran untuk beliau menarik diri secara mendadak.

TAK POPULAR LAGI? TAK ADA MASALAH

“Rezeki akan selalu ada dan peluang boleh cari,” kata Aaron, atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, kepada Malaysiakini.

 

“Saya buat tindakan ini sebab ia melibatkan orang yang kita sayang,” sambil menambah beliau menganggap ada hikmah di sebalik setiap ujian yang datang.

Aaron, 42, ditemui pihak media di majlis pranonton filem terbaru lakonannya, Operasi X di Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada Isnin malam (29 Okt). Berkongsi lanjut dengan Malaysiakini, Aaron berkata selepas 18 tahun melibatkan diri dalam arena seni lakonan, beliau semakin menghargai nilai ketenangan dan kesejahteraan diri yang dipinggirkan sejak sekian lama.

 

Malah katanya keutamannya sekarang adalah berusaha mendekatkan diri kepada Allah dan meletakkan populariti di tempat yang lebih rendah.

“Sudah 18 tahun Allah kurniakan rezeki dan peluang yang baik, kini tibalah masanya untuk saya luangkan masa kepada Tuhan.

“Bukan saya hendak berhenti berlakon, tetapi saya tak ada masalah jika jenama Aaron Aziz tak popular lagi.

“Pada saya itu dah tidak penting. Saya dah lalui semua benda,” tambahnya.

VIDEO : Lama Menghilang, Rupanya Isteri Halang Aaron Aziz Berlakon

Rahsia Kebahagiaan Keluarga Aaron Aziz Part 1

Sumber : berita.mediacorp.sg via DetikBerita

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "‘Duit Boleh Dicari..’ – Saat mendapat tahu isterinya jatuh S4kit dengan tiba-tiba, Aaron Aziz terus tinggalkan set penggambaran!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*