“Bagusnya…” -Budak Lelaki Susun Selipar Jemaah Di Pintu Masuk Surau Raih Pujian

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itulah ungkapan yang sering kali didengari untuk memjelaskan sikap anak-anak terbentuk sejak lahir lagi oleh ibu bapa mereka.

Semalam, tular sebuah video yang bakal membuatkan rata-rata para ibu bapa senang hati dan berbangga dengan tindakan budak kecil ini. Video tersebut telah merakamkan gelagat seorang budak lelaki dengan rela hati menyusun selipar para jemaah surau dengan rapi.

“Bagusnya kau dik..”

Video yang berdurasi hampir 51 saat ini memaparkan budak berkenaan menyusun setiap selipar di tangga surau untuk jemaah yang datang. Boleh dilihat melalui aksinya, dia seakan-akan senang hati dan ikhlas dengan perbuatannya itu walaupun tanpa disuruh.

Sejuk perut mak awak!

Tindakannya itu rata-ratanya telah membuatkan ramai yang memuji dan berbangga dengan akhlak yang ditonjolkan.

 

Seperti yang sedia maklum, tidak semua orang mempunyai kesedaran yang tinggi untuk melakukan perkara yang ringkas, tetapi memberi seribu kebaikan kepada orang lain.

Boleh jadi contoh untuk semua orang

Bukan sahaja dipuji, malah tindakannya ini wajar dijadikan contoh oleh kanak-kanak seusianya mahupun orang dewasa. Untuk melakukan kebaikan, ia tidak bergantung pada usia sama muda ataupun tua.

Sikap ini sewajarnya dijadikan sebagai satu inspirasi dan pemangkin terutamanya kepada golongan muda. Walaupun kebaikan yang dilakukan itu adalah kecil, namun ia pasti bakal memberi seribu makna terhadap orang lain.

 

Sumber: Manggis Durian, Borak daily

Be the first to comment on "“Bagusnya…” -Budak Lelaki Susun Selipar Jemaah Di Pintu Masuk Surau Raih Pujian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*