Fenomena ‘Kampung People’ nampaknya masih belum surut biarpun drama ini sudah pun berakhir sejak seminggu yang lalu. Terbaru pengarah, Wan Hasliza dedahkan sebalik tabir Kampung People mengenai kebun jagung milik Pak Abu.
Menurut pengarah drama Kampung People, Wan Hasliza, kebun jagung Pak Abu yang menjadi latar belakang cerita ini sebenarnya ditanam oleh pelakon watak Tok Imam bersama anaknya yang juga petani moden.


Salah satu babak yang dilakonkan di kebun jagung ini
Perkongsian dari pengarah drama ini menerusi Instagram miliknya itu telah meraih perhatian ramai. Tambahnya lagi mereka menanam jagung dua peringkat, iaitu yang pertama dari awal proses tanam jagung dan lagi satu bila plot jagung baru nak naik. Jadi mereka membuat pengambaran mengikuti pertumbuhan jagung.
Pended4hannya ini telah meraih lebih 1,200 likes dari netizen.
Berikut adalah perkongsian penuh darinya:
Memang betul-betul gigih demi berikan yang terbaik kepada penonton. Sungguh tak sangka pokok jagung ini benar-benar ditanam sendiri!
Rata-rata netizen turut kagum selepas mengetahui sebalik tabir Kampung People ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:
“Tak sangka shooting Kampung People ni put a lott of effort. Kek buat sendiri. Jagung pun tanam betul-betul rupanya. Peh”
“Hebat real punya, the best drama Melayu, Tahniah”
“Jagung tanam sendiri, kek buat sendiri nie patut dapat drama terbaik dan team terbaik. Tahniah”
Sumber: wanhaslizawz / HCL
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Be the first to comment on "Jagung Ditanam Sendiri, Pengarah Dedah Sebalik Tabir Kampung People"