“Dia Bukan Jenis Macam Itu,”- Dilabel ‘Playb0y’, Risteena Mahu Jaga Status Tunang Tersayang

“Saya tak endah kata-kata orang”. Itu antara kata-kata tegas pelakon, Nur Risteena Munim Zainul Ilyas apabila ada segelintir h4sutan yang melabelkan tunangnya, Isa Khan sebagai k4ki perempuan (playb0y).

Risteena berkata, dia sesekali tidak ‘termakan’ apabila ada pihak yang cuba mer4cuni fikirannya sejak mengetahui dia dan Isa bercinta.

“Sebelum ini orang kata dia (Isa) playb0y, tapi saya tahu keperibadiannya dia bukan jenis macam itu (playb0y) dan saya mempercayai kejujurannya. Saya tidak mengendahkan kata-kata-kata mereka terhadap Isa.

“Kejujuran yang ditunjukkan Isa membuatkan saya yakin untuk ambil keputusan menerima lamaran dia.

“Saya nampak Isa berusaha bersungguh-sungguh dan mahu melamar saya,” kata Risteena kepada MH.

 

Sementara itu, Isa mengakui bahawa dia mempunyai ramai kawan perempuan, namun berbeza perasaan terhadap Risteena.

Malah, Isa menegaskan bahawa tidak salah memiliki kawan yang ramai disekeliling.

“Saya rasa tidak salah mengenali ramai wanita bagi mencari keserasian. Daripada situ kami boleh meneruskan hubungan ke fasa berikutnya.

“Mungkin itu yang menyebabkan sekali gus saya dituduh ‘playb0y’ dan suka mempermainkan perasaan wanita,” jelas Isa.

 

Terdahulu, pasangan ini mengumumkan mereka sudah bertunang di Bali, Indonesia pada 23 November lalu.

Bagaimanapun, Risteena dan Isa memilih untuk merahsiakan perancangan itu tetapi tidak menafikan ia akan dilaksanakan dalam waktu terdekat.

Dalam perkembangan lain, kedua-duanya mahu memberi fokus terlebih dahulu dalam perniagaan produk kesih4tan yang dijalankan hasil usaha sama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Foto: Instagram Nur Risteena

Sumber : Media Hiburan

Be the first to comment on "“Dia Bukan Jenis Macam Itu,”- Dilabel ‘Playb0y’, Risteena Mahu Jaga Status Tunang Tersayang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*