Raysha Rizrose k3sal individu dikenali cvri wang dan gelang pusaka keluarga – “Mama buat solat hajat sampai satu hari…”

PELAKON Raysha Rizrose mendedahkan keluarganya kerugian sejumlah wang gara-gara dicvri seorang lelaki yang berasal dari Terengganu.

Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Rizrose, 24, berkata, barangan yang lesap itu termasuklah gelang tangan yang merupakan harta pusaka turun-temurun pemberian arw@h neneknya selain wang tunai milik adik-beradik lain.

“Kalau nak cakap mengenai jumlah kerugian itu memang terlalu banyak sampai kami sendiri pun terkejut.

“Antara barangan yang hilang adalah wang tunai selain gelang tangan yang merupakan harta pusaka pemberian arw@h nenek. Itu memang harta turun-temurun yang kami memang sayang sangat-sangat.

Nelydia Senrose turut memuat naik posting di laman Twitter miliknya sehingga beberapa keping gambar pemuda berkenaan menjadi tular.

“Bukan setakat duit mama, duit adik-adik yang kecil umur 12 tahun pun dia ambil,” ujarnya kepada mStar.

Pada malam Sabtu, Raysha memuat naik status kakaknya iaitu Nelydia Senrose yang meminta orang ramai berhati-hati dengan seorang individu yang mencvri harta keluarganya.

Bercerita lanjut, adik kepada aktres Uqasha dan Nelydia Senrose ini berkata, keluarganya mula mengenali individu itu melalui kakaknya ketika berada di sebuah majlis sebelum ini.

Kata Raysha, sikap lelaki berusia 23 tahun itu yang sangat ringan tulang dan pandai ambil hati membuatkan dia dan keluarga memberi kepercayaan untuk membantu mereka sekeluarga termasuk menemani ibunya ke sesebuah tempat.

“Asalnya dia memang orang luar… kami kenal dia dari sebuah event tapi disebabkan dia dah selalu tolong dan banyak kerja dengan keluarga itu yang membuatkan kami layan dia dengan sangat baik.

 

Kemudian mama solat hajat tanpa henti sampai satu hari masa kami tiada di rumah, mama perasan yang satu benda yang dia baru saja letak di tempat itu dah tiada dan mama dapat tahu rupanya dia ada datang ke rumah.

RAYSHA RIZROSE

PELAKON

 

“Dia pun pandai ambil hati sampai kalau tak disuruh buat kerja pun dia akan offer untuk tolong kami dan selalunya dia akan teman mama ke satu-satu tempat.

“Perwatakan dia memang tak menunjukkan macam dia nak menumpang kesenangan kami pun… sebab itu kami tak pernah sangka dia begitu. Tak sangka ada manusia dalam dunia yang tahap munafiknya macam ni,” katanya.

Menurut Raysha, meskipun menyedari mengenai kehilangan barang dan wang tunai sepanjang tempoh dua tahun lelaki itu bersama keluarganya, namun dia enggan menuduh tanpa memiliki bukti.

“Sepanjang dua tahun itu memang ada saja barang yang hilang, adik saya pernah syak dia tapi kami tak nak percaya dia lakukan semua itu. Lagipun tak mahu menuduh saja tanpa ada bukti. Memang kami tak pernah nampak sendiri sebab selalunya dia buat kerja (mencvri) itu semasa tiada orang di rumah.

“Kemudian mama solat hajat tanpa henti sampai satu hari masa kami tiada di rumah, mama perasan yang satu benda yang dia baru saja letak di tempat itu dah tiada dan mama dapat tahu rupanya dia ada datang ke rumah. Kemudian mama berdepan sendiri dengan dia dan tanya sendiri kepadanya dan akhirnya dia mengaku.

“Alhamdullilah akhirnya dia mengaku sendiri dan ianya memudahkan kami sekeluarga,” katanya.

Keluarga Raysha menjadi mangsa cvri seorang pemuda.

Tambah Raysha lagi, meskipun dia mengetahui lelaki berkenaan berasal dari keluarga yang susah namun ia bukanlah alasan untuk mencvri.

“Niat saya hanya nak orang ramai berhati-hati dengan orang yang begini, yang mukanya tebal walau masa dah kena tangkap pun dia buat muka tak bersalah.

“Ya keluarga lelaki itu orang susah tapi dia bukanlah orang yang terdesak. Setiap bulan dia minta duit, ayah dia akan beri.

“Saya tak pasti ayah dia kerja apa tapi mereka memang anak orang susah. Cuma itu bukan alasan untuk dia mencvri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Raysha memberitahu laporan polis berhubung k3s cvri itu di Balai Polis Subang Jaya, pada November tahun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

Be the first to comment on "Raysha Rizrose k3sal individu dikenali cvri wang dan gelang pusaka keluarga – “Mama buat solat hajat sampai satu hari…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*