Bvka Gerai Char Kuey Teow, Hafreez Adam Diperlkeh Oleh Datin

Hafreez Adam terkilan kerana ada individu yang memp3rlekehkan dirinya membuka gerai makanan char kuey teow.

Di Instagram, pelakon ini memparkan perbualan menerusi DM yang dikirimkan kepadanya.

Individu yang menulis mesej tersebut seolah-olah memandang rendah usaha Hafreez untuk mencari pendapatan dengan membuka bisnes kecil-kecilan.

“Kalau tak berlakon kerja dia gerai char kuey teow je. Susah lah..pergilah belajar degree, sekurang-kurangnya ada ilmu pengetahuan.

“Muda-muda mesti belajar, jangan buang masa,” tulis individu tersebut.

View this post on Instagram

Shaved and yup, I cut my hair too. Have a wonderful weekend! 😁🤘🏽

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam) on

Namun Hafreez memberitahu yang dia langsung tak malu menjadi seorang peniaga gerai kerana ia adalah rezeki yang halal bagi membantu keluarga.

“Je? tetapi saya pandang dari sudut positif. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi.

“Sekurang-kurangnya Allah bagi jalan untuk saya tolong keluarga juga. Muda-muda ni lah kena kerja keras juga. Nanti jemput datang ke gerai saya ye Datin. Saya belanja char kuey teow,” tulisnya.

Bekas tunang kepada Zara Zya ini juga menasihati anak-anak muda di luar sana agar jangan berasa malu dengan sebarang pekerjaan halal yang dilakukan.

Bagi yang nak rasa char kuey teow Hafrezz boleh datang ke Enjoy’s Corne, Desa Melawati, Kuala Lumpur.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Sumber: mStar

Be the first to comment on "Bvka Gerai Char Kuey Teow, Hafreez Adam Diperlkeh Oleh Datin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*