Nadiyah Shahab bangga tamatkan pengajian selepas tujuh tahun berdepan cabaran

SELEPAS tujuh tahun melalui pelbagai dugaan, pelakon Nadiyah Shahab berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Undang-Undang (Second Class Honors In Law Degrees) di Universiti of London.

Menurut Nadiyah, 29, biarpun pengajian itu mengambil masa yang agak panjang namun dia berbangga dengan dirinya yang mampu melakukan banyak perkara sepanjang waktu itu.

“Hari ini milik seluruh keluarga saya. Ibu, keluarga, rakan-rakan dan suami saya yang sentiasa menyokong saya dalam setiap keputusan yang saya buat.

Nadiyah meluahkan rasa syukur berjaya menamatkan pengajiannya.

“Saya mengambil masa tujuh tahun untuk menamatkan apa yang sepatutnya tamat dalam masa empat tahun.

“Tapi dalam masa tujuh tahun itu, saya buka sebuah syarikat, mula ceburi bidang peragaan, pengacara dan lakonan, malah saya juga berkahwin!” tulisnya di Instagram pada Sabtu.

Nadiyah turut berkongsi foto ketika dia di majlis konvekesyen ke-30 yang berlangsung di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada petang, Jumaat.

Saya mengambil masa tujuh tahun untuk menamatkan apa yang sepatutnya tamat dalam masa empat tahun.
NADIYAH SHAHAB
PELAKON

Manakala menerusi Instagram suami kepada Nadiyah iaitu pelakon Ben Ali juga meluahkan rasa bangga dengan kejayaannya.

Nadiyah dan Ben Ali mendirikan rumah tangga November tahun lalu kini sedang mengembangkan perniagaan pastri dan kek.

Dalam pada itu, Nadiyah memberitahu dia perlu membuat pengorbanan dan melalui pelbagai dugaan demi mencapai kejayaannya kini.

Ben sebagai suami meluahkan rasa bangga melihat kejayaan isterinya.

“Walaupun dalam kesulitan, terpaksa menolak beberapa tawaran kerja disebabkan jadual tidak masuk akal, perlu ulang-alik ke Singapura setiap bulan untuk kumpul nota untuk semua kelas yang saya tinggalkan, terlepas parti dan acara disebabkan saya fokus untuk belajar selama beberapa minggu.

“Sejujurnya saya tidak ada cara lain, apa yang saya cuba sampaikan ialah berjaya mengikut masa anda dan kena sentiasa berusaha.

“Sebabnya, perjalanan hidup kita sudah tertulis dengan indah dan hanya menunggu untuk melaluinya dengan meletakkan kepercayaan pada Allah. Saya terlalu bersyukur, Alhamdulillah,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Nadiyah Shahab bangga tamatkan pengajian selepas tujuh tahun berdepan cabaran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*