“Jari Jemari Tidak Sempvrna,” Ibu Lvah Bangga Anak Mampu Tulis Ayat Al-Qvran Dengan Cantik

Kekurangan diri sebenarnya bukan penentu kemampuan seseorang itu, sebaliknya ia adalah kekuatan untuk membentuk kita menjadi insan yang lebih baik.

Ia dapat disimpulkan menerusi kisah seorang kanak-kanak lelaki bernama Muhammad Alif Firdaus, yang menghidap Epidermolysis Bullosa merupakan salah satu penyak1t kulit yang serius.

Disebabkan penyak1t itu, jari jemari adik Alif tidak terbentuk dengan sempurna, dengan keadaan kulitnya yang mengelupas dan kemerah-merahan.

Cantik tulisan adik Alif

Namun, disebalik kekurangan dirinya, adik Alif seorang yang tidak pernah mengalah dan dia menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak seusianya.

Menerusi perkongsian di Facebook ibunya, Ruz Dyah, meluahkan rasa bangga dengan kemampuan anaknya itu. Meskipun jari jemarinya tidak sempurna, tetapi anak itu mampu untuk menulis ayat Al-Quran dengan baik dan cantik sekali.

 

Tak pernah merungut, Alif kuat semangat

Menurut ibunya, ikutkan agak sukar untuk Alif menulis memandangkan jarinya sudah melekat. Tetapi, anaknya yang kini berusia 10 tahun, tidak pernah putus semangat dan terus berusaha untuk menulis dengan baik.

Tambah ibunya, Alif memang kuat semangat dan pandai berdikari. Malah, anaknya itu sentiasa ceria dan tidak pernah merungut walaupun dia tidak seperti rakan-rakannya yang lain.

Lihat daripada senyuman adik Alif, dia seorang anak yang kuat dan bahagia menjalani kehidupannya, disamping keluarga serta rakan-rakannya. Semoga adik Alif dapat menjadi inspirasi untuk kita sentiasa berusaha dan tidak mudah berputus asa.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Sumber : Ruz Dyah via ROSE MERAH

Be the first to comment on "“Jari Jemari Tidak Sempvrna,” Ibu Lvah Bangga Anak Mampu Tulis Ayat Al-Qvran Dengan Cantik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*