Saya Tak Mahu Buka A1b Dia. Ia Adalah Cerita Peribadi Antara Kami, Tidak Patut Didedahkan – Zain Saidin

” Saya malas nak panjangkan isu ini kerana ia akan membuka a1b pihak sebelah sana. Saya tak nak maIukan sesiapa”

Itu penjelasan pelakon, Zain Saidin, mengenai isu bekas rakan kongsinya, Warren Fernandez, yang dikatakan membuat pendedahan di Facebook mengenai kerjasama perniagaan tidak menjadi sehingga terpaksa menanggung hut4ng RM300,000.

Menurut suami kepada pelakon terkenal Rozita Che Wan ini, dia enggan mengulas lanjut mengenai isu terbabit kerana bimbang ia akan membuka a1b bekas rakan kongsinya, selain cuba mengelak daripada memanjangkan lagi perkara itu.

” Saya tidak mahu membuka a1b dia. Perkara ini adalah cerita peribadi yang tidak patut pun didedahkan di laman sosial mahupun media.”

” Berdasarkan cerita yang dibaca, seperti ada ‘penambahan garam’ dalam artikel disiarkan sebuah portal apabila isu tersebar bukan 100 peratus benar.

” Sebagai rakan kongsi, apabila nasihat diberi bagi memajukan perniagaan diambil enteng, dan saya boleh rasa apa yang bakal terjadi dengan perniagaan itu pada masa akan datang, semestinya saya akan menarik diri.

” Banyak lagi perkara lain yang berbangkit, tetapi ia adalah cerita peribadi antara kami. Ia tidak patut didedahkan kepada umum,” katanya.

Baru-baru ini, Warren atau nama Islamnya Adam Warren Fernandez Abdullah menerusi status di Facebook meluahkan, 2019 bagaikan mimpi ng3ri buatnya sebagai usahawan selepas kerjasama dengan Zain dalam perniagaan didakwa lingkup.

Selain d4kwaan menanggung hut4ng ratusan ribu ringgit, lelaki itu turut menyatakan ny4wanya teranc4m selepas dibvru peminjam hut4ng, ah l0ng.

” Sjujurnya saya tak nampak bagaimana kami boleh jalinkan kerjasama itu tapi selepas beberapa kali berbincang, kami akhirnya teruskan atas dasar percaya dan tiada apa-apa perjanjian atau hitam putih dibuat.

” Prjanjian itu adalah saya buka kedai gunting rambut dan Zain akan buka kedai kasut Zapatos termasuklah beg tangan yang dijual Che Ta (Rozita). Zain juga akan uruskan segala bahagian yang melibatkan marketing dan exposure,” ujar Warren kepada portal Mstar sebelum ini.

Bagaimanapun, perniagaan terbabit mampu bertahan selama setahun sebelum operasi ditamatkan pada Jun tahun lalu.

Sementara itu, Zain menyifatkan perniagaan yang tidak menjadi terbabit berpunca daripada kekurangan promosi.

Katanya juga, sebagai usahawan baharu, mereka patut mendengar nasihat daripada mereka yang lebih berpengalaman agar perniagaan diusahakan tidak tersasar.

” Saya faham, orang yang berniaga buat kali pertama tidak mudah menerima nasihat kerana saya juga pernah melalui situasi sebegitu.

” Tetapi percayalah, tanpa ilmu pengetahuan sebenar, sukar untuk kita berniaga. Apa yang saya lihat, usahawan sekarang cukup takut melaburkan wang untuk pemasaran. Mereka menganggap ia sebagai ‘pemasaran h4ngus’,” tegasnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : bharian dan mstar via Apple Hijau

Be the first to comment on "Saya Tak Mahu Buka A1b Dia. Ia Adalah Cerita Peribadi Antara Kami, Tidak Patut Didedahkan – Zain Saidin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*