‘Nak anak, kena ‘happy’ – Siti Elizad

PELAKON popular, Siti Elizad dinasihatkan doktor supaya sentiasa positif dan gembira dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata.

Elizad, 36, atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin berkata, pembabitannya sebagai penyampai radio Sinar FM sejak Julai lalu sedikit sebanyak membantu dirinya ke arah lebih ceria.

“Alhamdulillah, sejak menjadi penyampai radio semua okay. Dalam kaji selidik dilakukan, slot Duo Sinar bersama Hefny kekal dan ‘rating’ tak jatuh. Pihak pengurusan pun suka.

“Ketika di konti, kami memang sengaja mereka perg4duhan supaya lebih ceria dan gembira. Apatah lagi, dalam usaha saya untuk mendapatkan cahaya mata, perkara ini memainkan peranan penting.

“Malah, itu yang dicadangkan doktor supaya saya perlu sentiasa positif dan banyak gelak,” katanya kepada Harian Metro.

Elizad berkata, sepanjang menjadi penyampai radio dia selesa menjadi diri sendiri.

“Orang selalu cakap macam mana nak buat lawak setiap hari sedangkan tidak tahu apa yang terjadi di sekeliling. Bagaimanapun, saya lebih selesa menjadi diri sendiri dan itu mendapat maklum balas baik dan ramai menyukai cara saya itu ketika bersiaran.

“Jika anda dengar di radio atau lihat di Instagram Story, saya memang jenis kasar jika bergur4u. Begitu juga jika nak cakap, saya akan cakap saja. Tidak rasa dibuat-buat.

“Jadi, perkara ini yang membuatkan Hefny pada awalnya beranggapan saya kasar. Lama kelamaan, dia okay dan faham sebab ini adalah saya,” katanya.

Selain kekal bersama pasukan Duo Sinar, Elizad juga masih menjadi pengacara program Mingguan Wanita yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 12 tengah hari di Astro Prima.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : Metro via Tube Viral

Be the first to comment on "‘Nak anak, kena ‘happy’ – Siti Elizad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*