Selepas CQT & ‘kantoi’ gambar Google, Cleopatra sekali lagi menjadi tumpuan kec4man warganet ketika dia cuba menyuarakan satu usul cadangan untuk menurunkan cukai di Twitter.
Cukai kereta import patut diturunkan
Dalam tweet yang dimuat naik itu, cukai yang dia maksudkan adalah cukai untuk kereta import, dimana kereta tersebut sepatutnya harus mampu dimiliki oleh pelbagai golongan di Malaysia ini.
Cleopatra memberikan contoh harga kereta Lamborghini Aventador yang lebih murah jika di jual di Amerika Syarikat berbanding di Malaysia kerana cukai yang dikenakan.
Katanya dengan penurunan harga cukai tersebut rakyat Malaysia dapat menikmati dan mampu membeli kereta yang lebih selesa atas usaha keras rakyat.
Bagi menguatkan lagi usulnya itu, Cleopatra memberikan contoh golongan yang hanya mampu beli kereta Kancil yang mempunyai keluarga yang besar. Dia menjelaskan yang kereta Kancil itu bukan sahaja tak selesa tapi ia juga tidak menjamin keselamatan pengguna.
Korang baca ni.
Malaysia berada di antara negara paling mahal untuk beli kereta. Nilai Lamborghini Aventador di Amerika Syarikat dalam lingkungan $400 ribu (RM1.6 juta) manakala di Malaysia bernilai RM3 juta. Jika diberi peluang untuk bersuara, saya harap cukai kenderaan import dapat diturunkan pic.twitter.com/f8jrAYTyzW
— Cleopatra 🇲🇾 (@lxcleopatraxl) January 1, 2020
Katanya lagi, penurunan cukai kereta import pada masa yang sama akan menurunkan harga jualan kereta nasional.
Usul itu dianggap satu cadangan yang tak rasional untuk dibahaskan, kerana bagi netizen kereta import itu hanya mampu dimiliki oleh golongan yang kaya raya sepertinya.
Secara tidak langsung, tentangan hebat itu telah mengundang kec4man netizen.
Bod0h ke sis? – Netizen
Dalam pada itu, ada juga yang menyokong dengan ‘usul’ yang Cleopatra suarakan. Berikutan dengan cadangan itu mendapat tentangan hebat majoriti netizen, Cleopatra ada lagi memberikan pendapat memandangkan ramai yang dah salah tafsir dengan mesej yang dia cuba nak sampaikan, katanya.
supaya rakyat Malaysia dapat menikmati dan mampu membeli kereta yang lebih selesa atas usaha keras rakyat. Kadar cukai yang tinggi antara punca harga jualan kereta yang tinggi di Negara ini. Saya juga amat terkesan melihat keluarga besar yang tidak mampu untuk membeli kenderaan
— Cleopatra 🇲🇾 (@lxcleopatraxl) January 1, 2020
Tidak adil bagi ibubapa yang mempunyai anak yang ramai bahkan harus menggunakan car seat untuk semua anak kecil. Bagaimana sekiranya keluarga tersebut mempunyai anak yang ramai dan hanya mampu untuk memiliki Kancil? Sekiranya ini dapat diubah, ramai rakyat Malaysia bukan sahaja
— Cleopatra 🇲🇾 (@lxcleopatraxl) January 1, 2020
Penurunan cukai kereta import pada masa yang sama akan menurunkan harga jualan kereta nasional.
— Cleopatra 🇲🇾 (@lxcleopatraxl) January 1, 2020
Understanding is deeper than knowledge. pic.twitter.com/kCyBaGHw7y
— Cleopatra 🇲🇾 (@lxcleopatraxl) January 2, 2020
Hurm, bagi contoh harga Lamborghini Aventador dibandingkan dengan kereta Kancil. Itu perumpamaan je, mana tahu bila cukai kereta import diturunkan keluarga yang mampu pakai kereta Kacil dimaksudkan tu mampu beli Lamborghini? Siapa tahu kan? Ahahaha tergelak min..
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily
Sumber : Lobak Merah
Be the first to comment on "“Bod0h ke sis?” – Cleopatra Bagi Usul Untuk Turunkan Cukai , Tapi Netizan Hent4m Kaw-Kaw Sebab…"