Remy Ishak Padam Semua Foto & ‘Unfollow’ Mira Filzah… Alamak, Dah Kenapa Tu?

Pelakon popular Remy Ishak telah memadam semua foto di akaun Instagram miliknya.

Pada masa yang sama, Remy turut berhenti mengikuti (unfollow) akaun Instagram pelakon Mira Filzah.

Perkara tersebut mengundang perhatian netizen yang tertanya-tanya akan sebab Remy berbuat demikian.

Berdasarkan pemerhatian Gempak di Twitter, kebanyakan peminat Remy menganggap bintang Nur Kasih itu mempunyai sebab tersendiri dan mahu berehat dari media sosial.

Rata-rata netizen turut menggunakan tanda pagar #allthebestRI di laman sosial terbabit.

“Dia ada sebab tersendiri unfollow Mira dan mungkin dia unfollow orang lain juga,” tulis @imslsk.

“Remy hanya perlukan ruang untuk diri sendiri, itu sahaja,” tulis @Tessla2

“Apa sahaja yang berlaku, semoga tabah kami sentiasa menyokong anda,” tulis @mizz_belle235.

Terdahulu, Remy dan Mira pernah digosipkan bercinta, namun perkara itu tidak pernah diakui oleh mereka berdua.

Gandingan Remy dan Mira mula disukai ramai sejak mereka sama-sama berlakon dalam Pujaan Hati Kanda yang ditayangkan pada penghujung 2018.

Selain itu, mereka juga turut digandingkan dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : GEMPAK via MyMetroKini

Be the first to comment on "Remy Ishak Padam Semua Foto & ‘Unfollow’ Mira Filzah… Alamak, Dah Kenapa Tu?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*