Rashidi Ishak Rakam Penghargaan Pada Penyokong ‘Kampung People’

Setiap kali episod baru ditayang di TV3, pasti akan menjadi bualan hangat dan seterusnya menjadikan drama ini trending di Twitter. Kampung People menjadi salah satu drama yang membuatkan ramai terhibur dengan gelagat pelakonnya. Antaranya adalah Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Hun Haqeem dan ramai lagi.

 

Drama Kampung People ini menyaksikan Rashidi Ishak yang memegang watak sebagai bapa dan ketua keluarga yang terpaksa berpindah ke kampung kerana mahu menyelamatkan diri dan ahli keluarganya yang lain dari bekas majikannya. Bukan sahaja berpindah malah mereka sekeluarga perlu menyembunyikan identiti asal mereka jika mahu selamat.

Maka watak Rashidi Ishak yang pada asalnya bernama Razif ditukarkan kepada Abu. Seorang petani yang mengusahakan kebun biarpun dia sebenarnya adalah akauntan.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Takde le beza pun. Dulu je lah cute sikit. Sepet tetap sama. Skskskskskskskskssk . #welcomenewdecade

A post shared by Rashidi Ishak (@rashidi_ishak) on

Karakter Razif yang agak lurus kadang-kadang mampu membuatkan penonton tertawa. Sudah hampir di penghujung drama ini, Rashidi Ishak sempat merakamkan ucapan penghargaan kepada penonton dan penyokong drama Kampung People ini. Rakaman penghargaannya itu ditulis melalui akaun Twitter miliknya beberapa hari lalu.

Perkongsiannya itu telah meraih 1,700 retweets dan 5,000 likes. Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Thank you #kampungpeople..balik qeja tengok..Hilang str3ss”

“Kampung People memang terbaik bro…Hilang stress keje layan cite gil42…”

“Tak sengaja tertengok kat TV, tu pun entah episod ke berapa ntah. Yang taik arnab dikatakan coklat si Yummy…”

“Abu jangan banyak sangat berlakon dengan orang kampung…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Rashidi Ishak via HCl

Be the first to comment on "Rashidi Ishak Rakam Penghargaan Pada Penyokong ‘Kampung People’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*