“Dalam hati Nabil menangis tapi dia cover, goodluck Neelofa..”-

Hampir 7 tahun mengacara rancangan popular di Meletop, semalam merupakan hari terakhir buat selebriti terkenal Neelofa. Mengumumkan pengunduran diri pada awal Disember lalu sememangnya mengejutkan buat penonton dan peminat.

Bagaimanapun, siaran selama satu jam semalam membuatkan ramai meninggalkan pelbagai komen merasa sedih melihat episod terakhir Neelofa di Meletop.

Malah, reaksi rakan gandingannya Nabil Ahmad juga ternyata lebih menjadi perhatian penonton dan peminat kerana merasakan pelawak dan pengacara itu lebih kelihatan sed1h.

Menerusi satu video dikongsikan menerusi laman YouTube Meletop, kelihatan Nabil Ahmad memberikan beberapa hadiah istimewa buat Neelofa.

Rata-rata merasakan Nabil Ahmad menangis dalam hati selain mereka percaya pelawak terkenal ini lebih menahan sedihnya.

Hari Terakhir Neelofa di Meletop

Dalam pada itu, netizen turut mengatakan bahawa Neelofa dan Nabil Ahmad sememangnya sangat serasi menerusi rancangan berkenaan yang dapat ditonton setiap hari Selasa.

 

Selain, ramai akui bahawa gandingan mereka berdua sangat mantap yang mana telah membuatkan hari mereka terhibur.

“Nabil is smiling but his heart cannot lie…”

“Neelofa dengan Nabil ni memang serasa dalam meletop…”

“Kesian Nabil, situasi dia ibarat dah bertahun duduk sebelah…”

Meskipun ramai bersedih melihat moment terakhir Neelofa sebagai pengacara Meletop namun, netizen dan peminat tetap mengucapkan yang terbaik buat selebriti cantik ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Sumber: Meletop via HCL:

Be the first to comment on "“Dalam hati Nabil menangis tapi dia cover, goodluck Neelofa..”-"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*