Diam-diam ‘perut berisi’, Izara Aishah buka rahsia sedang hamil enam bulan

SELEPAS dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Izara Aishah berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya yang kini memasuki usia enam bulan.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@nusheenacollection 🙏🏼

A post shared by Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial) on

Menerusi laporan Berita Harian, Izara, 27, dan suaminya Adib Khalid sememangnya meletakkan sasaran untuk mendapatkan cahaya mata pada 2020.

“Sejak mendirikan rumah tangga, saya dan suami memang merancang untuk mendapatkan zuriat pada 2020 kerana masing-masing sibuk bekerja.

Izara dan Adib memang rancang untuk dapatkan anak pada 2020.

“Selain itu, kami juga mahu menikmati masa bersama terlebih dahulu. Alhamdulillah, Allah memakbulkan doa saya dan suami,” katanya.

Izara dan anak tiri kepada penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza itu berkahwin pada 17 November 2017.

Tambah Izara, dia dan suaminya sebelum ini bimbang untuk berkongsi kepada umum mengenai perancangan mereka dalam soal zuriat biarpun ada pihak yang menuduh mereka berhadapan masalah kehamilan.

Kami hanya amin kan saja doa mereka walaupun pada masa yang sama, ada segelintir pihak di luar sana yang menuduh saya mandul.
IZARA AISHAH
PELAKON

“Sebelum ini, apabila ada yang bertanya soal zuri4t, masing-masing tak berani untuk mengatakan kami ada perancangan sendiri.

“Kami hanya amin kan saja doa mereka walaupun pada masa yang sama, ada segelintir pihak di luar sana yang menvduh saya m4ndul.

“Seperti yang diketahui ramai, saya bukannya suka berkongsi hal peribadi secara terbuka. Berita kehamilan ini pun saya simpan selama enam bulan sebelum sedia untuk dikongsi,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Diam-diam ‘perut berisi’, Izara Aishah buka rahsia sedang hamil enam bulan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*