Video Sherry Alhadad Sedang Berlatih Boxing Cetuskan Inspirasi!

Selebriti serba boleh, Sherry Alhadad antara public figure yang cukup dikenali ramai dengan bakatnya. Biarpun begitu baru-baru ini tular video Sherry Alhadad sedang melakukan latihan ‘Boxing’ yang dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya.

Selain dari sibuk menjalani rutin harian sebagai seorang pengacara, figura ini juga kini sedang giat menjalani latihan senaman untuk menurunkan berat badannya. Menerusi video yang dikongsikan oleh Sherry Alhadad melalui sosial media miliknya itu, kelihatan dia sedang melakukan latihan boxing bersama jurulatihnya.

Video dengan kapsyen ‘Nak ganti Hairul Azreen’ itu telah meraih lebih 7,900 tontonan.

Berikut adalah video yang dikongsikan oleh Sherry Alhadad yang sedang berlatih boxing ini:

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nak ganti @hairulazreen

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on

Rata-rata netizen dan rakan selebriti cukup terinspirasi dengan video yang dikongsikan oleh Sherry Alhadad berlatih boxing ini. Berikut antara reaksi yang ditinggalkan mereka di ruangan komen:

“Ok esok jugak I start! nak ganti Keknis”

“Inspired gila…Kecikkan badan tanpa supliment”

“Fuh..baek la kak Sherry”

“Power lain macam ehh”

Mungkin video yang dikongsikan oleh Sherry Alhadad ini sahaja sudah memadai buat mereka di luar sana yang menanam azam untuk mengamalkan kehidupan lebih cergas bermula tahun depan. Jadikan ini video ini sebagai inspirasi untuk memulakan gaya hidup lebih sihat. Jika Sherry Alhadad boleh, anda juga boleh lakukannya!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: sherry_alhadad via HCL

Be the first to comment on "Video Sherry Alhadad Sedang Berlatih Boxing Cetuskan Inspirasi!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*