“Tudung Perlu Dilabuhkan Menutup D4da” – Mona Allen Tukar Imej, Mula Berhijab?

Pelakon Mona Allen mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik sekeping foto yang memaparkan imej dirinya dalam keadaan berhijab buat pertama kali.

Mona atau nama sebenarnya, Munna Hafiraneza Allen, 34, berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Sis tak berapa nak pandai sangat nak berhijabista, tetapi boleh tahan lah kot.

Pelan-pelan kayuh. Doakan ya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

sis tak berapa nak pandai sgt nak berhijabista… but not bad laaa kot👻👻😝😝 pelan2 kayuh😊😊 doakan ye🥰🥰

A post shared by Mona Allen💜 (@mona.allen) on

Menerusi perkongsian pelakon drama Monalisa itu, foto yang memaparkan dirinya mengenakan tudung berwarna merah jambu itu difahamkan dirakam di dalam sebuah masjid.

Biarpun tidak menjelaskan sama ada dirinya sudah benar-benar berhijab, namun, imej dirinya menggayakan tudung itu mendapat pelbagai respons dalam kalangan peminatnya.

Rata-rata memuji Mona yang disifatkan lebih nampak cantik dan ayu dengan imej sedemikian.

“Alhamdulillah, makin cantik bila bertudung..cuma tudung perlu dilabuhkan menutup d4da,” tulis salah seorang pengikutnya.

Mona kemudian turut mengakui bahawa banyak lagi yang perlu dipelajarinya.

“Insya-Allah sis baru belajar,” balasnya terhadap komen yang diberikan kepadanya.

Sebelum ini, Mona juga pernah mendapat perhatian umum apabila mendirikan rumah tangga secara rahsia dengan pelakon Pekin Ibrahim pada Disember tahun lalu.

 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I love you, suamiku 😊❤️😊Wishing you all the happiness in the world on your Birthday 💕💕 p/s : wish wish lain nnti kita bisik kat telinga kk😅🙊 😘 #27Oct

A post shared by Mona Allen💜 (@mona.allen) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Tudung Perlu Dilabuhkan Menutup D4da” – Mona Allen Tukar Imej, Mula Berhijab?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*