“Ikat tudung macam Joyah pun lawa dah” – Netizen

Imej bertudung sentiasa tampak menawan dan cantik bagi golongan wanita di luar sana. Tidak terkecuali, artis-artis wanita di Malaysia juga telah ramai tampil dengan imej bertudung pada tahun ini antaranya ialah Jihan Muse dan Amyra Rosli. 

Tidak ketinggalan, ada juga sebahagian artis wanita berkongsi  perasaan minat untuk menggayakan hijab seperti pelakon Mona Allen yang baru-baru ini telah berkongsi sebuah foto imej bertudung di laman Instagram sehingga menarik perhatian netizen.

View this post on Instagram

sis tak berapa nak pandai sgt nak berhijabista… but not bad laaa kot👻👻😝😝 pelan2 kayuh😊😊 doakan ye🥰🥰

A post shared by Mona Allen💜 (@mona.allen) on

Mona akui, dia sendiri tidak terlalu mahir untuk menggayakan tudung terkini dan meminta peminat-peminatnya untuk terus mendoakan yang terbaik buat dirinya menerusi kapsyen pada posting Instagram.

Imej bertudung Mona ternyata membuatkan ramai peminat-peminatnya terus menyokong niat baik Mona untuk terus kekal bertudung.

Foto yang dikongsi Mona telah menarik perhatian pengikut-pengikutnya sehingga menerima hampir 34,000 likes dan ratusan komen daripada peminat-peminatnya serta pelbagai reaksi positif menerusi ruangan komen pada posting tersebut.

Rata-rata peminat Mona memuji imej berhijab Mona yang kelihatan cantik dan menawan. Tidak dinafikan, Mona memang nampak ayu dan manis bertudung.

Tidak kurang juga, peminat-peminat Mona turut mendoakan agar pelakon kesayangan mereka itu akan terus istiqamah dengan penampilan imej bertudungnya.

Buat Mona Allen, semoga terus istiqamah untuk bertudung ya. Cantik sangat macam bidadari hehe..

Sumber: Instagram Mona.allen via kdnews

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PisangDaily

 

Be the first to comment on "“Ikat tudung macam Joyah pun lawa dah” – Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*