Tahniah! Joe Flizzow, Marini selamat bertunang, dijangka kahwin awal tahun depan

PENYANYI rap, Joe Flizzow selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hatinya, Marini Ramlan pada malam Sabtu.

Berita gembira itu dikongsi oleh adik kepada Marini iaitu Didi Ramlan menerusi laman Instagram miliknya.

“Malam tadi kakak saya memberikan kami ahli keluarga baru. Tahniah atas pertunangan secara rasmi ini. Selamat datang Joe Flizzow,” tulisnya pada Ahad.

Sementara itu, menerusi akaun Instagram Marini, dia turut memuat naik beberapa rakaman video ketika majlis pertunangan itu berlangsung.

Salah satu video yang dikongsi di ruangan Instastory memperlihatkan ibu kepada Joe iaitu Aishah Ali menyarungkan cincin di jari manis Marini.

Adik Marini berkongsi foto majlis pertunangan Joe di Instagram.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Last night my sister casually gave us a new family member. Congrats on the “official engagement” you guys. Welcome to the family @flizzow. Thanks Nuna for mentally prepping me for this day in advance…phewfff.

A post shared by Didi Ramlan (@misdeeds_) on

Pada 29 Oktober lalu, Aishah menerusi laporan sebuah portal memberi bayangan majlis pernikahan Joe bakal berlangsung pada awal tahun depan.

“Tiada sebarang tarikh yang ditetapkan, namun majlis perkahwinan Joe mungkin pada awal tahun.

“Dia sudah berjaya meraih pencapaian membanggakan termasuklah kejayaan dilantik sebagai Pengarah Urusan Def Jam Asia Tenggara baru-baru ini.

“Secara peribadi, saya merasakan selepas kejayaannya itu, barulah dia mahu berkahwin,” katanya.

Difahamkan, Joe memilih Marini yang juga merupakan seorang usahawan dan pelukis profesional itu selepas beberapa tahun menyulam cinta.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Tahniah! Joe Flizzow, Marini selamat bertunang, dijangka kahwin awal tahun depan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*