#Throwback2019: Jodoh Tak Panjang! Ini Senarai Perkahwinan Selebriti Yang R@nap Sepanjang 2019

Benar kata orang, langit tak selalunya cerah. Sama seperti mahligai perkahwinan yang dibina setiap pasangan, kalau tak kukuh sekali dibadai akan berkeca1 jua.

Pasangan selebriti sama seperti manusia normal yang lain, perasaan cinta boleh bertukar benc1.

Andai tiada jodoh, maka ternoktahlah ikatan yang dibina tidak kira berpuluh-puluh tahun sekali pun.

Tahun 2019 menyaksikan beberapa perkahwinan pasangan selebriti yang berkeca1.

Gempak senaraikan 10 pasangan selebriti yang bercerai sepanjang tahun 2019 yang kisah mereka hangat diperkatakan umum.

1. Aliff Aziz & Bella Astillah

Tiga kali cvrang menjadi penamat kisah cinta pasangan selebriti ini. Sejak disahkan bercera1 pada 16 Mei 2019, kisah peribadi mereka menjadi perhatian ramai sampai sekarang.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean.

2. Fizo Omar & Mawar Karim

Satu-satunya pasangan ideal yang tidak disangka-sangka memutuskan untuk bercera1 pada 10 Julai 2019.

Dikatakan berpunca daripada masalah keluarga, pasangan yang bernikah pada November 2013 itu dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia 2 tahun.

3. PU Abu & Ain ‘Afini

Antara percera1an pendakwah selebriti yang menjadi perhatian ramai, PU Abu mencera1kan bekas isterinya Ain ‘Afini ketika sedang hamil 7 bulan menerusi WhatsApp untuk menikahi seorang janda anak satu, Hana Azraa.

4. Da’i Farhan & Fatin Nurul Ain

Kisah rumah tangga pendakwah selebriti Da’i Farhan yang mencera1kan isteri pertama Fatin Nurul Ain yang sedang hamil 7 bulan menerusi aplikasi WhatsApp pada 3 Disember lalu menjadi buah mulut ramai.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Farhan sebelum itu mengumumkan telah mendirikan rumah tangga bersama janda anak lapan, Noorainul Naqim di Makkah.

5. Datuk A. Aida & Ariff Aziz

Empat kali berkahwin, produser sensasi Datuk A. Aida mengambil keputusan untuk bercera1 dengan pelakon muda Ariff Aziz pada 25 April lalu selepas bersama hampir setahun.

6. Vanidah Imran & Rashidi Ishak

17 tahun mendirikan rumah tangga bersama akhirnya pasangan Vanidah Imran dan Rashidi Ishak mengambil keputusan untuk bercera1 pada 9 Ogos 2018, namun merahsiakan daripada pengetahuan umum selama 7 bulan.

Vanidah dan Rashidi berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran, 18 dan Mariyam Rashika, 15.

7. Radhi OAG & Ayu Zahiri

Khabar mengejutkan itu disahkan sendiri oleh isteri Radhi bahawa mereka telah bercera1 pada 25 Mac 2019.

Pasangan itu bernikah pada 14 April 2014 selepas bercera1 dengan isteri pertamanya, Shazlin Sharif pada 8 Jun 2010 selepas 5 tahun berkahwin.

Radhi dan Ayu dikurniakan sepasang cahaya mata, Nur Aisyah, 4 dan Muhammad Ridfi Muslim, 3 tahun.

8. Sam Bunkface & Aida Azira

Selepas empat tahun berkahwin, pasangan itu memutuskan untuk bercera1 pada Januari 2019.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Maleeq yang berusia dua tahun.

9. Natasha Hudson & Noor Nashriq

Tidak memaklumkan tarikh yang tepat, pelakon Natasha Hudson dan pasangan Noor Nashriq akhirnya berp1sah.

Pasangan itu berkahwin pada Disember lalu dan itu merupakan perkahwinan keempat Natasha.

Sebelum ini, pelakon itu dikurniakan dua cahaya mata, Naeema Kalila dan Faatimah.

10. Jue Aziz & Bayu

Pelakon Jue Aziz dan pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal mengejutkan ramai apabila mendedahkan telah bercera1 pada akhir tahun 2018.

Pasangan itu berkahwin pada 9 Mac 2014 dan punyai seorang anak angkat, Darwish Naufal, 5.

Antara pasangan selebriti lain yang bercera1 tahun ini ialah Zahid dan Sarah Julifa Yusof, Hunny Madu dan Khairul Azhar serta Betty Benafe dan Bruce Dargus.

Sementara pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila serta Lufya Omar dan Che Hafiz masih dalam proses perbicaraan mahk@mah.

Sama-sama kita doakan ikatan cinta kembali bertaut dan tahun 2020 menyaksikan tiada lagi kisah rumah tangga selebriti yang ber@ntakan!

Teruskan menyulam cinta!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "#Throwback2019: Jodoh Tak Panjang! Ini Senarai Perkahwinan Selebriti Yang R@nap Sepanjang 2019"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*