Syahmi, Yoe & Asif bakal ceritakan sisi peribadi masing2 di ‘TV9’

Satu persatu kejayaan YouTuber Syahmi Sazli mendapat perhatian ramai, jika sebelum ini video Drama Spontan tular sehingga dijemput hadir ke rancangan popular, Meletop.

Bagaimanapun, sekali lagi Syahmi Sazli bersama dua pelakon Yoe Parey dan Asif Suhaimi membuatkan peminat mereka bangga. Ini kerana berita bahawa mereka akan muncul dikaca televisyen di TV9 pula menjadi perhatian ramai.

Menerusi siaran televisyen popular itu, Syahmi Sazli mengajak peminat dan pengikut untuk menyaksikan Imbauan 2019.

View this post on Instagram

Jangan lupa saksikan IMBAUAN 2019 di TV9 pada 31.12.2019 pukul 9.30 malam. Mi, Asif, & Yoe menceritakan sisi peribadi masing-masing yang ramai tak tahu.

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli) on

“Jangan lupa saksikan Imbauan 2019 di TV9 pada 31.12.2019 jam 9.30 malam. Mi, Asif & Yoe menceritakan sisi peribadi masing-masing yang ramai tak tahu.” Tulisnya

Selain berkongsikan dua rakaman video, menurut Syahmi peminat dan pengikut boleh menyaksikan rancangan berkenaan pada 31 December tidak lama lagi, 9.30 malam.

Katanya juga, dia bersama Asif serta Yoe Parey akan menceritakan sisi peribadi masing-masing yang ramai tidak tahu.

Perkongsian Syahmi Sazli meraih lebih 72,000 tanda suka sejak ia dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya yang mana kini juga telah mempunyai 1.7 juta followers.

Ternyata, perkongsian video serta berita gembira itu membuatkan netizen meninggaIkan pelbagai maklum balas positif dan memuji mereka yang kini sudah acap kali masuk televisyen. Wow bukan biasa-biasa!

Sumber: Syahmi Sazli via HCL

Be the first to comment on "Syahmi, Yoe & Asif bakal ceritakan sisi peribadi masing2 di ‘TV9’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*