“Arwah Alif Pernah Minta Saya Berkerjasama Dengan Ayahnya Tapi…” – Perkongsian Stacy Tentang Anak Nora Ariffin Buat Netizen Sebak! |

Penyanyi Stacy Anam berkongsi detik indah ketika dia mengenali anak kedua penyanyi Nora Ariffin iaitu Alif Johan yang men1ngg4l dunia, 14 Disember lalu.

Menerusi satu posting di Instagram, Stacy menjelaskan arwah Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan, 20, pernah berhasrat untuk dia bekerja dengan ayahnya iaitu Allahyarham Johan Nawawi.

“Dulu 4rwah Alif masih kecil dia pernah tanyakan hasrat nak saya berkerjasama dengan ayah dia.

“Dia teringin nak dengar kerjasama dalam lagu tapi tidak kesampaian.

“Malah sebelum Alif pergi dia juga pernah cakap teringin nak mama dia (Nora) menyanyi lagu hasil ciptaan Akim tapi tidak berkesempatan.

“Terima kasih Alif dan kakak Nora sekeluarga kerana memberi saya peluang untuk merasa perasaan dihargai itu selama ini,” katanya.

Tambahnya, dia juga kini terasa lebih tenang selepas berjumpa dengan Nora secara peribadi.

“Alhamdulillah perasaan rasa lebih tenang lepas dapat jumpa dengan kak Nora tadi.

 “Semoga arwah tenang disana dan ditempatkan bersama dikalangan orang-orang yang beriman Aaminn,” katanya.

Menerusi ruangan komen  ada antara netizen yang mendedahkan mereka rasa sebak serta menangis membaca posting tersebut.

Tidak kurang juga yang memberi kata-kata semangat kepada Nora supaya tabah menghadapi dugaan.

Pada yang tidak tahu, Alif Johan merupakan salah seorang peserta yang tersenarai antara 20 bakal protege program realiti Mentor Milenia 2019.

Walaubagaimanapun, Allahyarham gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Terdahulu, Nora juga telah kehilangan suaminya iaitu Johan Nawawi yang merupakan seorang komposer terkenal pada 24 Mac 2017.

View this post on Instagram

Terima kasih kak Nora❤️🌹 Dulu arwah Alif masih kecil dia pernah tanyakan hasrat nak saya berkerjasama dengan arwah ayah alif. Dia teringin nak dengar kerjasama dalam lagu tapi tidak kesampaian. Sebelum Alif pergi dia juga pernah cakap teringin nak mama dia (kak nora) kerjasama nyanyi lagu hasil ciptaan Akim tapi tidak berkesempatan untuk dia dengar juga😢 Terima kasih Alif dan Kak Nora sekeluarga kerana memberi saya peluang untuk merasa perasaan dihargai itu selama ini. Semoga ada rezeki untuk kami tunaikan impian arwah Alif nanti In Sha Allah.. semoga kak Nora diberikan ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi ujian dan dugaan dariNya. Alhamdulillah perasaan rasa lebih tenang lepas dapat jumpa dengan kak Nora tadi. Semoga arwah tenang disana dan ditempatkan bersama dikalangan orang-orang yang beriman Aaminn.. Terima kasih Faysal,ejam dan jojoy sebab dapat bersama2 pergi melawat tadi. You will always in our hearts Alif. Thank you Alif❤️🌹 Al-Fatihah @teamsgs @stacyfrenz_ #weloveyoualifjohan #repost @itsnoraariffin ・・・ Alhamdulillah.. Hari ni mendapat kunjugan dari @stacyanam . Artis & idola Alif Johan. Alif minat Stacy semenjak dari kecil lagi. Sbg ibu, saya selalu support selagi tidak over sgt. Tq so much @stacyanam kerana telah sudi melayan & byk bagi peluang utk Alif perform sblm. Alif selalu happy dpt peluang jumpa Stacy….ikut semua perkembangan Stacy & Akim.👍👍😍😍 Masih segar diingatan, semangat Alif nk masuk rancangan MENTOR, sbb ada Stacy… Huhuuuu….Fanatik sungguh. Tapi tak de rezeki dia kat situ. Hingga ke akhirnya…. …. Apapun….sudah menjadi lumrah dunia. Manusia hanya mengenang segala kebaikan bila kita sudah tiada. Itulah dunia. Rehatlah anakku. #mamarindualif. Al- fatihah Muhammad Syakir Alif 14 hari.😢😢

A post shared by Stacy Anam (@stacyanam) on

 

Sumber:Gempak

Be the first to comment on "“Arwah Alif Pernah Minta Saya Berkerjasama Dengan Ayahnya Tapi…” – Perkongsian Stacy Tentang Anak Nora Ariffin Buat Netizen Sebak! |"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*