“Nampak Gaya Aku La Ganti Neelofa” – Buat Penonton Ketawa, Rizalman Ibrahim Jadi Pengacara MeleTOP?

Pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim mencuri perhatian wargamaya apabila tampil dengan aksi kelakar pada program MeleTOP.
 
Menerusi laman sosial Instagram (IG), Rizalman berkongsi beberapa potong video IG Story pengikutnya untuk tatapan umum.
 
Nampak gaya aku la nanti ganti Neelofa kat MeleTOP,” tulis Rizalman sebagai kapsyen video.
 
Pada program yang bersiaran setiap Selasa itu, Rizalman menjadi tetamu bersama pengarah Michael Ang.

View this post on Instagram

nampak gaya aku la nanti ganti Lopa kt Meletop

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Meninjau ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan aksi Rizalman mengusik Neelofa berkaitan susu pisang.
 
Malah, pasangan tersebut turut direstui peminat dan tanda pagar #lori yang merupakan gabungan nama mereka turut digunakan.
 
“Lagi kelakar dari Nabil!,” komen seorang wargamaya.
 
“Tak dapat bayangkan masa ni Datuk. Siap dengan aksi lagi, kami sangat terhibur. Comel sangat cara datuk tersasul tu,” kata seorang wargamaya.
 
“Boleh datuk. Tiap-tiap minggu trending nanti. Memang spontan dan kelakar,” puji seroang wargamaya.
 
“Cepat masuk meminang datuk, jangan tunggu lama-lama,” pinta seorang wargamaya lagi.
 
Malah ada yang turut menyatakan Rizalman layak untuk memasuki program Maharaja Lawak Mega.
 
Pada 3 Disember lalu, Neelofa telah membuat pengumuman akan mengundurkan diri daripada mengacarakan MeleTOP selepas tujuh tahun menggendalikan program tersebut.
 
Nama pengaraca yang bakal menggantikan Neelofa akan diumumkan oleh pihak Astro pada Januari depan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Nampak Gaya Aku La Ganti Neelofa” – Buat Penonton Ketawa, Rizalman Ibrahim Jadi Pengacara MeleTOP?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*