Pada Usia 44 Tahun, Choi Jiwoo Diumum Sedang Hamil Anak Sulungnya!

Siapa tak kenal dengan pelakon veteran K-Drama iaitu Choi Jiwoo? Mula menempa nama menerusi lakonannya yang menyayat hati dalam drama “Winter Sonata” dan “Stairway To Heaven”, bakat lakonan wanita itu sesungguhnya tidak perlu dipersoalkan lagi.

Kalau anda nak tahu, Choi Jiwoo telah pun berkahwin dengan lelaki pilihannya iaitu seorang ahli perniagaan dalam industri IT pada Mac 2018. Meskipun berumah tangga sedikit lewat iaitu pada usia 43 tahun tetapi pelakon wanita itu nampak bahagia dengan kehidupan barunya sebagai seorang isteri.

 

 

Lebih menggembirakan apabila syarikat naungannya iaitu YG Entertainment mengumumkan bahawa Choi Jiwoo kini sedang mengandung dan dijangka akan melahirkan anak tersebut pada Mei tahun hadapan.

 

Rata-rata peminat megucapkan tahniah di atas berita mengujakan itu dan berharap agar wanita tersebut menjaga kesihatannya sepanjang dia mengandung sehinggalah ke hari kelahiran anak sulungnya itu nanti.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PisangDaily

Sumber: Allkpop  via diarivvip

Kredit: Kimchidaily

 

Be the first to comment on "Pada Usia 44 Tahun, Choi Jiwoo Diumum Sedang Hamil Anak Sulungnya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*