Putus Cinta Selepas Risteena Akhirnya Memilih Isa Khan, Ini Yang Terjadi Kepada Pelakon Ikhwan Khairudin

” Tujuh tahun bercinta bukanlah jangka masa pendek. Apatah lagi sudah ada perancangan dan persiapan berkahwin. Jadi, apabila putus ia memberi tamparan buat saya.”

Itu luahan pelakon Ikhwan Khairudin, 29, yang memberitahu sepanjang dua bulan putus cinta sejak Ogos lalu, dia banyak menyendiri di rumah.

Menurut Ikhwan lagi, akibat putus cinta dengan pelakon Risteena Munim, berat badannya turun sebanyak 20 kilogram (kg) kilogram daripada berat asal 90 kg.

” Saya hanya duduk di rumah dan menyendiri untuk kuatkan semangat saya balik. Emak risau melihat keadaan saya ketika itu. Alhamdulillah, berkat doanya dan keluarga setiap hari, saya perlahan-lahan bangkit dan kuatkan semangat.

” Berat saya turun mendadak. Orang yang tengok pun terkejut. Tapi, mereka juga memberikan aura positif. Saya sedar sampai bila nak kecewa. Akhirnya, saya mencari arah tuju baru,” katanya.

Ikhwan yang sudah enam tahun tidak berlakon berterima kasih kepada penerbit dan pengarah yang masih mempercayai bakat dimiliki.

Menurut Ikhwan, dia bersyukur apabila tawaran berlakon tidak putus sekali gus memberikan semangat baru untuknya.

” Saya pun tidak menjangka masih ada yang ingat. Mereka tawarkan saya berlakon. Walaupun diberikan watak pembantu, saya sudah cukup bersyukur.

” Boleh dikatakan sekarang saya sibuk dengan bekerja selain menguruskan perniagaan yang ada. Betul, perancangan Allah itu lebih baik. Ada hikmah besar sebalik yang berlaku.

” Sekarang saya gembira dengan apa dilalui. Saya mahu terus fokus dengan kerjaya dan menggembirakan orang tua dan keluarga. Kerjaya dan keluarga keutamaan sekarang,” katanya.

Ikhwan kini terbabit dalam beberapa penggambaran drama untuk TV3 iaitu Titian Takdir untuk slot Lestary, Camelia dan Ironi Kasih untuk slot Samarinda.

Terdahulu, Ikhwan mengesahkan sudah putus cinta Risteena Munim selepas pelakon itu mula memuat naik gambar lelaki misteri di Instagram.

Risteena juga sudah bertunang dengan penyanyi dan pelakon, Isa Khan pada 23 November lalu di Bali, Indonesia. Pengumuman itu dibuat Isa dalam majlis khas sempena sambutan hari jadi dan pelancaran produk milik Risteena di Bora Ombak.

Pasangan itu turut mengumumkan mereka bertunang pada tarikh sama.

Dalam pengumuman itu, Isa menjelaskan dia dan Risteena berkenalan lima bulan lalu sewaktu membintangi drama Bulan Di Kota Langit yang bersiaran di RTM.

” Saya tidak perlu kenal Risteena bertahun. Walaupun ada yang cuba menghasut, Risteena tetap percayakan saya.

” Betul saya ada sejarah masa lalu tetapi percayalah ia membuatkan kita menjadi lebih dewasa.

” Meskipun saya banyak kekurangan dia sentiasa maafkan dan terima saya seadanya. Saya berjanji akan menjaga dan selalu melindungi dia seumur hidupnya. Saya sangat mencintai Risteena,” kata Isa.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Be the first to comment on "Putus Cinta Selepas Risteena Akhirnya Memilih Isa Khan, Ini Yang Terjadi Kepada Pelakon Ikhwan Khairudin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*