Berjaya Tubuh Bisnes Travel Umrah, Mila Jirin Teruja Kumpulan Jemaah Pertama Bakal Berlepas Januari Ini

Dah lama tak dengar cerita Juara Akademi Fantasia Musim Kelima (AF5), Mila Jirin.

Mila sebelum ini dikhabarkan berehat daripada dunia muzik selepas mendirikan rumahtangga Ahmad Ailis Mohamed Mustapha dan kini sedang rancak melebarkan sayap dalam bidang perniagaan.

Bermula dengan perniagaan Bizmilla Catering, Mila kini boleh dikatakan ‘sifu’ dalam industri itu malah mempunyai sebelas dewan perkahwinan.

Selain itu Mila turut mempunyai agensi perlancongan, Bizmilla Travel & Tours khusus untuk perkhimatan mengerjakan umrah.

Kejayaan Mila itu dikongsi menerusi Instagram yang mendapat reaksi mengejutkan daripada pengikutnya.

Rata-ratanya bangga dengan kejayaan Mila dan mengucapkan tahniah malah ada yang ingin menggunakan perkhidmatan syarikat Mila untuk mengerjakan umrah.

“Tengok luggage@bizmillatravel dah bergenang air mata. Kalau nampak jemaah umrah tarik nanti boleh menitik air mata kesyukuran”, katanya.

Mengimbas kembali perancangannya untuk menubuhkan syarikat berkenaan, Mila berkata hasratnya itu pada mulanya disuarakan suaminya ketika berada di Mekah.

Menyambut baik hasrat suaminya, Mila berkata dia mula merancang dan menguruskan perniagaan berkenaan dengan dibantu sahabatnya.

“Pada 2017, waktu mula mula tunaikan Umrah yang pertama, saya dan suami berdoa di Kaabah. Moga suatu hari nanti dapat kita tubuhkan Travel Business, insya Allah dapat kita bawa jemaah tunaikan umrah dengan harga berpatutan” – kata suami saya sambil melihat Kaabah.

“Amin….Insya Allah sayang, Jika Allah izinkan, kita buat – balas saya.” katanya.

Kongsi Mila, kumpulan pertama jemaah umrah bersama syarikatnya bakal terbang ke bumi anbiya pada 15 Januari ini dan turut disertai Mila sekeluarga.

“Insya Allah, Kumpulan Jemaah pertama dari @bizmilla_travel akan berlepas pada 15 Januari 2020. Insya Allah, saya bersama sama suami dan anak serta mak ayah dan ibu mertua juga akan menyertai penerbangan pertama jemaah Umrah Bizmilla Travel ini.

Bizmilla Travel menawarkan perkhidmatan menunaikan Umrah bermula dari RM4,900 sahaja.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "Berjaya Tubuh Bisnes Travel Umrah, Mila Jirin Teruja Kumpulan Jemaah Pertama Bakal Berlepas Januari Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*