“Emak..Kenapa Tak Tunggu Lan Emak?” – Ibu Roslan Shah Menghembuskan Nafas Terakhir

Ibu kepada pengacara Roslan Shah, Mariam Kari, 79, meninggal dunia pada pukul 7.00 malam semalam (20 Disember).

Roslan atau lebih mesra dipanggil Cik Lan meluahkan rasa kecewa di Instagram (IG) kerana tidak berada bersama arwah ketika menghembuskan nafas terakhir.

View this post on Instagram

Salam Semuanya ….Ibu tercinta cik lan Meninggal Jam 7:40 malam Jumaat 20 Dec 2019….Allahyarhama Mariam Bte Kari 83 Tahun akan di Mandikan jam 10:30 pagi Sabtu 21 Dec 2019 di Rumah Ibu tercinta cik lan Di alamat BLK 727 Tampines Street 71. Jenazah akan di Bawa ke Masjid Ghufran, Tampines jam 12 tengahari untuk di Sembahyang Waktu Zohor selepas itu Akan di kebumikan di Pusara Abadi, Singapura. Khamis Malam sebelum cik lan pergi ke Shah Alam urk event CikB Vaganza Food Fest 2019 cik lan Kasi Mandikan dam bersihkan semua Serta Najisnya kerana buang air besar coz dah 2 Hari Tak mandi cik lan buat seperti biasa…sebelum khamis jam 10 mlm cik lan Cium tangan kaki Dan dahi banyak Kali seperti biasa setiap Hari cik lan memohom maaf Dan minta ampun…..Cik lan cakap nak pergi shah Alam tapi utk 1 atau 2 Hari saja untuk tunjukkan muka untuk events @cikbvaganzafoodfest CikB Dan Dato Seri @datoserivida Dan cik lan cakap nak Cari rezeki Dan jual produk Sambal Belimbing Dan zachos…Ibu tercinta cik lan benarkan cik lan pergi ( mengangguk kepalanya )….dapat call dari kakak cik lan Jumaat jam 4 ptg kakak cik lan cakap Ibu tercinta cik lan NAZAK…Cik lan nekad terus balik bertolak jam 5 ptg kerana nak kemas barang cik lan di bilik Hotel ….highway Jem pulak coz Hari jumaat Dan cik lan sampai Singapura jam 12 lebih tadi….Sekarang cik lan bersama Ibu tercinta cik lan utk bacakan Yassin dan memcium setiap Kali tetapi airmata cik lan kena tahan….terima kasih yang mendoakannya Dan ucapan Takziah ya…Al fatihah..Amin….Emak Hari ini lan Akan mandikan emak Tau yang terakhir ya Lan Akan rindukan emak selama lamanya cuma lan Tak dapat tengok Emak tutup mata depan lan saja…baju emak yang pakai terakhir Lan dah ambil Akan simpan buat kenangan tetapi baju itu masih wangi bau bedak yang Lan pakaikan Masa malam khamis tu…Lan Sempat gosokkan Gigi emak..Ya Allah letakkan Ibu tercinta cik lan utk golongan orang orang beriman…Amin..Emakkkkkkkkk Lannm Sayangggggg Emakkkkkkkkk..

A post shared by roslanshah (@realroslanshah) on

“Emak. Lan sayang emak..Ibu tercinta Cik Lan meninggal dunia pukul 7 malam di rumah Block 727, Tempines Street 71, Singapura.

“Cik Lan dalam perjalanan dah nak masuk Ayer Keroh.

“Kepada anda semua sedekahkan Al-fatihah buat ibu tercinta, Puan Mariam Kari,” tulisnya.

 

Berduka atas berita terbabit, rakan selebriti dan peminat turut mengucapkan takziah atas kehilangan insan tersayang Cik Lan.

Terdahulu, arwah pernah menjalani pembedahan membuang batu dalam perut pada 12 Mac lalu sebelum disahkan menghidap kanser perut tahap empat pada Oktober lalu.

Kami turut mengucapkan salam takziah buat Cik Lan sekeluarga. Al-Fatihah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PisangDaily

Sumber: gempak

Be the first to comment on "“Emak..Kenapa Tak Tunggu Lan Emak?” – Ibu Roslan Shah Menghembuskan Nafas Terakhir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*