“Bukan Nak Cakap Besar Tapi Puas Tangan Nak Menepis” – A. Aida Buka Mulut Soal Jodoh

PENERBIT Datuk A. Aida memberitahu ramai lelaki yang cuba mendekatinya selepas bercer4i dengan Ariff Aziz pada Jun lalu.

Namun, A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 48, berkata dia lebih memilih untuk memberikan fokus terhadap kerjaya dan anak-anak berbanding soal jodoh.

“Bukan nak cakap besar tetapi mereka yang nak mengurat saya tu… puas tangan nak menepisnya. Tapi sebab saya dah selesa dengan kehidupan begini… jadi saya rasa biarlah sekejap.

A. Aida mahu fokus terhadap anak-anak dan kerjayanya buat masa ini.

“Lagipun saya dah serik dengan kehidupan lalu… saya sudah empat kali kecundang dalam perkahwinan sebelum ini. 

“Saya sedang cuba untuk memenuhi apa saja impian anak, pusing dunia dengan anak-anak. Saya dah tak nak fikir untuk mencari pasangan buat masa ini,” ujarnya kepada mStar.

Mengenang kembali kata-kata arw4h ibunya, A. Aida berkata, dia berasa sebak apabila sering gagal dalam perkahwinan biarpun memiliki harta dan kekayaan. 

“Betullah kata arw4h mak dulu… tuhan beri saya segala-galanya tapi bila bab suami, memang ada kekurangan di situ.

 

Lagipun saya dah serik dengan kehidupan lalu… saya pun sudah empat kali kecundang dalam perkahwinan sebelum ini.

DATUK A AIDA

PENERBIT

“Kalau dengar dia cakap begitu sampai mengalir air mata, ia perkara yang benar-benar terjadi kepada saya hingga kini,” ujarnya.

Bagaimanapun Aida berkata, dia tidak menolak takdir mahupun jodoh yang hadir dalam hidupnya selepas ini jika sudah ditakdirkan ada rezeki untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.

“Sekarang ini saya nak fokus dengan kerjaya, cari lebih banyak lagi sumber pendapatan sebab anak saya tiga lagi masih belajar.

“Tapi, jodoh, ajal m4ut di tangan Allah. Kalau tiba-tiba Dia hantar jodoh saya nak buat macam mana?” ujarnya.

View this post on Instagram

Terima kasih @azevanatassha @rahul_a.aida @az_aleesa yang sentiasa bersama-sama dengan Mama dalam susah dan senang kita.Dari kecil sampailah anak-anak Mama dah besar panjang, kita selalu diduga dan diuji Tuhan. Tetapi sebab anak anak Mama selalu bersama-sama di sisi,Mama terus kuat dan bersemangat menjalani kehidupan. Terima kasih atas segala kasih sayang dan pengorbanan buat Mama selama ini. Semoga Allah SWT sentiasa menghadiahkan kita dengan rahmat dan hidayahnya. #mylove#myeverything . . @a.a.perfect @a.aida.fit

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @PisangDaily

Sumber  : Mstar

Be the first to comment on "“Bukan Nak Cakap Besar Tapi Puas Tangan Nak Menepis” – A. Aida Buka Mulut Soal Jodoh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*