Fara Hezel bergelar isteri kepada ahli perniagaan dari Terengganu

PENYANYI Fara Hezel selamat bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan dari Terengganu iaitu Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin dengan dua kali lafaz.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Fara Hezel iaitu Yusri Ishak dengan disaksikan Pendaftar perkahwinan, percer4ian daftar dan rujuk orang islam daerah Petaling, Mohd Khairil Nizam Jaludin kira-kira pukul 3.32 petang Jumaat.

Fara Hezel yang anggun mengenakan persalinan berwarna putih meluahkan rasa syukur kerana majlis itu akhirnya berlangsung dengan sempurna.

Pasangan mempelai bersama ibu bapa Fara.

“Alhamdulillah, bermulalah tanggungjawab saya sebagai seorang isteri. Ikatan perkahwinan ini datang dengan satu tanggungjawab yang besar.

“Selepas ini apa-apa pun saya tidak lagi bersendirian dan apa sahaja saya buat lepas ni kena fikirkan suami juga.

“Seperti pasangan yang lain, harapan saya agar ikatan perkahwinan yang dibina ini kekal hingga ke akhir hayat kami,” ujarnya kepada mStar.

Majlis istimewa itu diadakan di Sireh Junjung Banquet Hall, The Strand Mall, Petaling Jaya yang dihadiri kaum keluarga dan sahabat terdekatnya.

Keluarga sebelah pengantin lelaki.

Pada majlis itu, Tengku Kamal menyerahkan mas kahwin berjumlah RM400 kepada Fara Hezel selain sembilan dulang hantaran berbalas 11 oleh pengantin perempuan.

Manakala wang hantaran sebanyak RM20,000.

Fara Hezel sebelum ini mengambil masa empat bulan untuk mendedahkan ikatan pertunangan dengan Tengku Kamal berikutan bimbang dengan dugaan bertunang.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan dalam majlis sederhana yang berlangsung secara tertutup pada 6 Julai lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Fara Hezel bergelar isteri kepada ahli perniagaan dari Terengganu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*