Issey tunai hajat arw4h ibu

KUALA LUMPUR: Tinggal empat hari lagi sebelum pelawak dan pelakon, Issey Fazlisham diijabkabulkan dengan wanita pilihan hati dikenali sebagai Aimi.

Dalam membilang hari, ingatan Issey melayang kepada ibu, Allahy4rh4m Asiah Haron yang men1ngg4l dunia, Julai lalu.

Ketika hayatnya, 4rw4h yang tahu hubungan Issey dengan bakal isteri yang berstatus ibu tunggal beranak tiga, berhajat melihat mereka diijabkabulkan.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mohon doa daripada semua agar segala perancangan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Terima kasih 🙏🏻 #gengissey

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on

“Emak tidak sempat menjadi saksi pernikahan saya. Tapi 4rw4h tahu perancangan kami untuk berkahwin. Malah, emak kenal rapat dengan Aimi.

“Selama emak dir4w4t, Aimi banyak menemaninya di hospital. Malah, ketika emak menghembvskan nafas terakhir, Aimi ada di sisi 4rw4h bersama adik-beradik saya yang lain.

“Memang rasa sedih emak sudah tiada. Tetapi saya mahu sempurnakan hajat 4rw4h untuk melihat saya dan Aimi berkahwin,” katanya kepada BH Online.

Issey berkata, Aimi dikenalinya sejak bangku sekolah. Namun, mereka mula rapat sejak setahun lalu di mana ketika itu, Aimi membesarkan anak-anak sendirian, selepas suaminya men1ngg4l dunia, kira-kira dua tahun lalu.

“Selepas kami rapat semula tahun lalu, saya fikir, lebih baik bawa hubungan ini ke fasa perkahwinan.

“Jika diikutkan, enam bulan lalu kami sudah merancang. Namun, saya diuji apabila ibu pergi. Jadi, kami ambil tempoh bertenang dan selesaikan apa yang perlu.

“Selama ini, saya tak berniat sor0k-sor0k hendak berkahwin. Cuma ada perkara di mana saya dan dia perlu hormat termasuk pemergian 4rw4h ibu,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai majlis pernikahannya di Kota Bharu, Kelantan, Ahad ini, Issey dan Aimi memilih tema taman dengan lokasi tepi sungai.

“Saya akan bernikah pada sebelah pagi disusuli majlis keraian. Saya menjemput kira-kira 500 tetamu termasuk sanak-saudara dan teman-teman.

“Insya-Allah, saya dan Aimi merancang mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur, tahun hadapan,” katanya.

Sebelum ini, Issey pernah mendirikan rumah tangga dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015. Namun, mereka berpis4h setahun kemudian dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : BH Online via TubeViral

Be the first to comment on "Issey tunai hajat arw4h ibu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*