“Stoplah Ucap Tahniah, Kami Tak Buat Anak,” Feeya Iskandar Jelaskan Hanya Pergi Bercuti, Komen Baby On The Way Lah

Penyampai radio, pengacara dan pelakon, Nor Shafiza Iskandar Azizan atau lebih dikenali sebagai Feeya Iskandar baru-baru ini meminta agar orang ramai berhenti mengucapkan tahniah seolah-olah dia benar-benar sedang hamil.

Ianya berpunca daripada gambar percutian di Phuket bersama suami yang dimuat naik ke akaun Instagram oleh penyampai radio Sinar FM tersebut baru-baru ini.

Mungkin rimas dengan ucapan tahniah yang tidak putus-putus dari para pengikutnya, Feeya segera menjelaskan yang dia dan suaminya Nurashid Abd Wahab hanya meluangkan masa bersama.

Tambahnya lagi, mereka ke negara Thailand itu bukannya untuk ‘membuat anak’.

“Kami tak buat anak.”

“Stop lah dok ucap tahniah bagai lah. komen baby on the way lah.”

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#kamixbuatanak #kamipergibercutijer muahahahahahaha😜😜 stop lah dok ucap2 tahniah bagai.lah komen baby otw lah..ergh🙄

A post shared by feeyaiskandar (@feeyaiskandar) on

Mungkin kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan suami isteri ini menyebabkan ramai membayangkan yang mereka bakal menimang cahaya mata yang ketiga tidak lama lagi.

Posting Feeya tersebut bagaimanapun disambut dengan usikan nakal yang berterusan terutama daripada rakan-rakannya yang rata-rata tetap mengucapkan tahniah serta meminta dia untuk membuat pemeriksaan kehamilan kelak.

Ada juga yang memahami perasaan Feeya dan berkata yang banyak lagi yang hendak difikirkan semasa bercuti dan bukannya hubungan inti1m semata.

Mungkin Feeya masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata ketiga buat masa ini, lebih-lebih lagi dua lelaki mereka masih lagi kecil dan memerlukan perhatian.

Bukan senang tau nak membesarkan anak dan dalam masa yang sama sibuk bekerja. Anak lelaki pulak tu. Lasak!

Apa pun mungkin yang mengucapkan tahniah itu hanya sekadar mahu bergurau. Iyalah, siapa suruh sweet sangat kan. haha!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : -CARI via KhalifahMedia

Be the first to comment on "“Stoplah Ucap Tahniah, Kami Tak Buat Anak,” Feeya Iskandar Jelaskan Hanya Pergi Bercuti, Komen Baby On The Way Lah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*