Hubungan dingin Noorshila Amin dengan abang pulih selepas 20 tahun – “Majlis k3bumi ahli keluarga pun kami berpaling”

PENYANYI Noorshila Amin mendedahkan hubungan dingin antara dia dengan abang kandungnya akhirnya pulih selepas 20 tahun bermasam muka.

Noorshila, 55, berkata, apa yang berlaku menjadi pengajaran berharga buat dirinya agar lebih menghargai hubungan adik-beradik.

“Saya sudah maklum bahawa video pendedahan mengenai isu keluarga keluarga akan ditayangkan sebelum saya membuat persembahan tadi, namun saya cuba untuk tidak mendengar apa-apa bagi mengelakkan persembahan terganggu.

Hubungan Noorshila Amin dan abang kandung kembali terjalin Aidilfitri lalu.

“Saya sebenarnya dah beri pengajaran supaya kita lebih menghargai hubungan sesama adik-beradik.

“Bayangkan saya dan abang sudah bersengketa kira-kira 20 tahun, ketika berselisih semasa majlis peng3bumian ahli keluarga pun kami saling berpaling. Namun semuanya berakhir pada Aidilfitri baru-baru ini apabila kami saling bermaafan dan melupakan sengk3ta yang berlaku,” kata Norshila kepada mstar.

Noorshila menjelaskan perkara itu selepas sebuah video mengenai situasi kr1sis keluarganya ditayangkan sebelum membuat persembahan di pentas separuh akhir program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) pada malam Ahad.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Kad Ucapanmu ini mengakui sikap dan eg0 yang tinggi menjadi punca hubungan dengan abang kandung menjadi renggang.

“Dulu saya rasa amat hebat, kaya dan mempunyai segala-galanya. Sampaikan saya pernah berfikir mempunyai kehidupan yang sempurna sehingga tidak memerlukan saudara kandung sendiri, namun akhirnya saya sedar jauh dalam sudut hati saya amat merindui mereka.

“Bayangkan persengketaan selama 20 tahun boleh berakhir dalam sekelip mata apabila kami saling berpelukan, bagaimanapun saya tidak mahu mendedahkan punca semua ini berlaku. Biarlah ia sekadar menjadi pengajaran kepada kita semua,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Hubungan dingin Noorshila Amin dengan abang pulih selepas 20 tahun – “Majlis k3bumi ahli keluarga pun kami berpaling”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*