Menepati Ramalan,Apex juara Mentor Milenia 2019..Tahniah!!

PROTEGE Apex Tadjudin melakar kejayaan manis apabila muncul juara Mentor Milenia 2019 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam tadi.

Apex atau nama sebenarnya Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tadjudin, 23, yang juga protege kepada mentor Hazama menerima hadiah wang tunai RM100,000 tunai berserta trofi dan dua buah motosikal jenis Benelli RFS 150i.

Apex juga dihadiahkan lagu pertamanya ciptaan Faizal Tahir serta video muzik dan dijadikan lagu tema drama di TV3, waktu promosi TV dan radio bernilai RM500,000 serta dokumentari pendek kisah sepanjang di Mentor Milenia untuk siaran di saluran YouTube TV3.

Apex yang berasal dari Terengganu menyampaikan lagu Merisik Khabar serta berduet dengan Hazama menerusi lagu Fantasia Bulan Madu dan Langit dan Bumi.

Tempat kedua menjadi milik Daus Husny yang menyampaikan lagu Apokalips dan berduet dengan Ernie Zakri menerusi lagu Kerana.

Peserta bernama sebenar Muhammad Firdaus Abdul Rafi, 20, dari Johor ini memenangi hadiah wang tunai RM40,000 beserta trofi.

Aedy Kama yang menyampaikan lagu Sinar dan Lagu Untukmu dan berduet dengan Black menerusi lagu Seniman Menangis & Antara Hujan dan Air Mata pula menduduki tempat ketiga.

Aedy atau nama sebenarnya Muhammad Aidil Kamarulzaman, 22, membawa pulang wang tunai RM20,000 beserta trofi.

Tempat keempat jatuh kepada Rika Riana atau nama sebenarnya Erika Rianty Anthony, 19, dan berjaya membawa pulang RM10,000 berserta trofi.

Pemarkahan protege pada musim ini ditentukan dengan 60 peratus persembahan daripada pihak juri dan 40 peratus undian awam. Undian dibuat menerusi laman sesawang www.xtra.com.my/mentormilenia.

 

Mentor Milenia 2019 dibawa khas oleh penaja utama KFC, Sedap Hingga Menjilat Jari dan penaja bersama, OPPO A9 2020.

Pentas final membariskan juri profesional terdiri daripada Datuk Syafinaz Selamat, Altimet dan Faizal Tahir serta dihoskan Shuk Sahar, Elly Mazlein dan Zetty HotFM.

Penonton turut dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh Faizal Tahir dengan lagu Ragaman.

Selain itu, Top 10 protege musim ini turut menyanyi medley lagu Rampas (nyanyian asal Akim & The Majistret) dan Sumpah (nyanyian asal Naim Daniel) dalam irama pop yeh yeh.- HarianMetro

Persembahan Pertama Apex Tajuddin

Persembahan Kedua Apex

Persembahan Penuh Final Protege Dan Mentor 2019

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  pisang daily

 

Sumber : bsm.kini.blog

Be the first to comment on "Menepati Ramalan,Apex juara Mentor Milenia 2019..Tahniah!!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*