“Michael Schumacher pun puji Proton!” – Rupanya Orang UK Suka Gila Kereta Proton, Akui Ia Tahan Lasak & Kukuh!

Mungkin ada yang pandang rendah dengan kereta buatan Malaysia tapi admin yakin, ramai yang sayang sangat dengan kereta Proton Wira dan Proton Saga dorang kan? Proton lama ni antara kereta pertama orang Malaysia pada zaman akhir 80-an ke 90-an tau!

Tak dinafikan kereta Proton lama ni tahan lasak dan ramai juga yang tak tahu rupanya orang luar negara suka gila dengan kereta Proton ni tau! Buktinya, siapa yang perasaan Proton Saga pernah buat kemunculan mengejut dalam siri Mr Bean??

Orang UK suka gil4 Proton, siap puji di Facebook!

Perkara ni dibuktikan lagi dengan sebuah grup Facebook dari UK iaitu Practical Classics yang mengimbau kembali zaman kegemilangan Proton semasa ia dijual di United Kingdom.

Yang lebih buat admin terharu, orang UK memuji bahawa kereta Proton ni sangat efisien dan mempunyai kualiti yang baik.

 

Malah yang membuat admin juga kagum melihat bagaimana pemilik kereta ni jaga kereta Proton mereka dalam keadaan yang sangat baik. Beli tahun 1990 tapi masih elok rupanya! Pandai omputih jaga kereta ye…

Michael Schumacher pernah test drive Proton Wira?

Yang buat min lebih bangga ialah apabila salah seorang dari netizen memberitahu bahawa pelumba F1 terkenal, Michael Schumacher pernah test drive Proton Wira tau!

Menurut Michael, dia sangat terpegun dengan kehebatan enjin kereta Proton ni walaupun kereta tersebut dah berusia 7 tahun pada masa tu! Haa bukan calang-calang.

Min juga dapati ramai yang membeli kereta Proton Wira ni dan menggunakannya untuk pertandingan lumba kereta di luar negara. Tapi tu zaman dululah!

So macam mana? Haa jangan pandang sebelah mata dengan kereta buatan Malaysia tau! Bagi min, kalau kereta tu kita jaga dan maintain dia elok-elok, sudah pastinya ia akan berfungsi dengan baik juga.

Berbanggalah dengan kereta buatan Malaysia!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "“Michael Schumacher pun puji Proton!” – Rupanya Orang UK Suka Gila Kereta Proton, Akui Ia Tahan Lasak & Kukuh!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*