“Bergetar rasa jari jemari taip benda ni..”- Da’i Luqman kupas angka ‘18,19’, dapat perhatian netizen

Sejak kebelakangan ini, fenomena 18,19 ini menjadi isu hangat di media sosial, tidak kira di Facebook mahupun laman Instagram bermacam-macam ayat menjadi perhatian gara-gara angka berkenaan.

Malah, kes membabitkan rumahtangga turut menjadi isu yang hangat diperkatakan dimedia sosial dan mendapat pelbagai komen daripada netizen.

Angka 18,19 jadi bualan ramai

Bagaimanapun, nasihat dari pendakwah dikenali Da’i Luqman turut mendapat perhatian mengenai angka berkenaan.

Da’i Luqman turut meninggalkan dua keping foto tulisannya mengenai ‘1819’ yang mana membuatkan dia tergerak untuk membelek helaian Al-Quran.

Dalam pada itu, menerusi Instagram juga perkongsian Da’i Luqman mengenai isu berkenaan mendapat perhatian ramai dan turut dipuji pengikut.

Nasihat Da’i Luqman

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

NASIHAT BUAT PARA SUAMI, BAKAL SUAMI DAN YANG TAK MAU JADI SUAMI __ Allah berfirman dalam Al-Quran sebagai suatu nasihat menerusi Surah An-Nisa’ ayat 19 : . “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)” __ Dan berbalik kepada Surah Al-Kahfi ayat 19 tu, Allah nasihat supaya cakap yang baik-baik tanpa buka aib/cerita. Begitu juga halnya kita dalam hidup bersuami isteri. Kalau nak ceraikan jugak isteri, silakan, tapi adab dan akhlak tu tolong jaga. Walau dia dah jadi ‘bekas’ isteri atau ‘bekas’ suami, aib tetap kena jaga as a Muslim . Dan ini jugak untuk kita sebagai masyarakat biasa, perlu berkata yg lembut-lembut, dan tak perlu nak membongkar segala cerita. Wallahua’lam __ Bukti Al-Quran adalah mukjizat, bukan makhluk. Segala jawapan ada dalam Al-Quran, beruntung bagi orang yg suka mencarinya __ #donedakwah #donenasihat #donetanggungjawab #1819

A post shared by Da’i Luqman ™ (@dailuqman) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Da’i Luqman /HCL

Be the first to comment on "“Bergetar rasa jari jemari taip benda ni..”- Da’i Luqman kupas angka ‘18,19’, dapat perhatian netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*