[VIDEO] 11 Tahun Menanti Zuriat, Suami Sujud Syukur Terima Berita Isteri H4mil

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya memiliki impian untuk memiliki zuriat sekurang-kurangnya seorang. Namun, tidak semuanya bernasib baik dan mampu merasai pengalaman itu meskipun sudah melakukan pelbagai cara dan ikhtiar.

Bagaimanapun, perkongsian seorang d0kt0r ini pastinya bakal menyentuh hati sesiapa sahaja yang menontonnya apabila pasangan ini berjaya menimang cahaya mata mereka selepas 11 tahun penantian.

Sedlhnya

Menerusi perkongsian yang dibuat di laman Instagram drthokha ini, kelihatan sepasang suami isteri tidak dapat menahan rasa sebak dan gembira apabila dimaklumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata selepas 11 tahun menanti.

Berdasarkan video berdurasi 3.07 saat yang dikongsikan itu, pasangan tersebut pada awalnya menyangkakan bahawa alat ujian keh4milan mereka bakal memaparkan keputusan yang sama seperti sebelumnya. Namun, kejutan dibuat oleh Dr. Tokha apabila mereka dimaklumkan bahawa wanita tersebut telah h4mil.

Apa yang lebih mengharukan, sebaik sahaja mendengar sahaja berita itu, suami kepada wanita tersebut dengan segera melakukan sujud syukur di situ.

Netizen terharu

Paparan video tersebut ternyata telah mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen. Mereka juga turut mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut, selain turut meluahkan rasa terharu terhadap berita yang diterima pasangan itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Instagram drthokha via OH BULAN via MyMetro

Be the first to comment on "[VIDEO] 11 Tahun Menanti Zuriat, Suami Sujud Syukur Terima Berita Isteri H4mil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*