Cucur viraI terIajak laris, Pak Mail hulur kuali minta pelanggan g0reng sendiri

Sebelum ini telah tuIar mengenai kisah seorang pakcik yang berniaga cekodok ataupun cucur berharga 10 sen setiap satu. Ismail Bakar, 66 telah viral apabila gerainya yang menjual beraneka cucur mendapat liputan meluas di media sosial baru-baru ini.

Disebabkan hal tersebut, Pak Mail tidak menang tangan menyiapkan cucur kerana orang ramai beratur untuk mendapatkan makanan ringan tersebut.

Cucur aneka laris

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Aisyah Ismail telah memuat naik kisah situasinya yang ingin membeli cucur Pak Mail di gerainya itu.

Pada hari tersebut, Pak Mail yang berseorang di gerainya belum menyiapkan lagi cucur berikutan jualan yang begitu laris. Oleh sebab tidak menang tangan, Pak Mail dengan murah hati telah meminta pelanggannya mengg0reng sendiri acuan cucur tersebut.

Air mineral pun percuma

Lebih menarik lagi, Pak Mail juga sempat berpesan agar mengambil sekali air mineral yang disediakan selepas mengambil cucur yang telah masak itu. Kesemuanya adalah percuma!

Ramai2 pelanggan g0reng cucur sendiri

Menerusi gambar yang disertakan oleh Aisyah, jelas sekali orang ramai tidak kekok melipat lengan baju dan sama-sama mengg0reng cucur di gerai warga emas itu.

Cucur yang dig0reng juga tidak sempat sejuk kerana sentiasa mendapat permintaan daripada pelanggan.

Ramai yang teringin nak rasa

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian yang dibuat, rata-rata netizen telah meninggaIkan komen diruangan Facebook sumber dengan maklum balas yang pelbagai.

Mereka dilihat meninggaIkan komen positif diatas keikhlasan Pak Mail  berniaga dan berharap agar dia terus dimurahkan rezeki serta pahala diatas kebaikan yang ditunjukkan.

Harap Pak Mail terus dimurahkan rezeki

Semoga tiada yang ambil kesempatan atas kebaikkan

Sebelum ini, kisah Pak Mail yang berniaga cucur di Kluang Johor telah tular berikutan menjual dengan harga murah. Dia juga telah memberikan cucur secara percuma pada bulan puasa dan langsung tidak mengambil bayaran daripada pelanggan.

Sumber : Aisyah Ismail

Via OMM

Facebook Comments

Be the first to comment on "Cucur viraI terIajak laris, Pak Mail hulur kuali minta pelanggan g0reng sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*