Rebah Ketika Jalani Penggambaran, Pelakon Kacak Godfrey Gao Disahkan Men1nggaI Dvnia

Pelakon Taiwan-Canada Godfrey Gao disahkan men1nggaI dvnia sewaktu menjalani penggambaran program realiti televisyen, Chase Me di China Timur awal pagi Rabu.

Berita itu disahkan oleh agensinya, JetStar Entertainent menerusi kenyataan rasmi hari ini.

“Dia telah meninggaIkan kita semua… Kami masih lagi terkejvt dan bersedih untuk menerima kenyataan ini.

“Keluarganya terus bergegas ke lokasi selepas mendapat berita sedih berkenaan. Tolong memahami keadaan keluarga Godfrey yang sedang bersedih. Diharapkan tidak ada yang menganggu mereka buat masa ini,” ujar wakil agensinya.

Godfrey atau nama sebenarnya Tsao Chih-hsiang dikejarkan ke pusat perubatan apabila tidak sed4rkan diri selepas reb4h ketika berlari dalam satu acara berpasukan.

Bagaimanapun sebelum dikejarkan ke hospital, par4medik sempat memberi bantuan pern4fasan (CPR) selama 15 minit sebelum jantvngnya berhent1 berd3gup.

Zhejiang Televisyen kemudian mengumumkan Gao men1nggaI dun1a pada usia 35 tahun selepas d0ktor gagal menyelamatkannya.

Chase Me merupakan rancangan realiti Cina yang melibatkan dua pasukan saingan untuk memenangi perlumbaan.

Terdahulu, pelakon kelahiran Taipei, Taiwan ini mempunyai ibu yang berasal daripada Malaysia dan bapa berasal Taiwan.

Gao juga banyak menghabiskan masa kecilnya di Vancouver, British Columbia, sebelum kembali ke Taiwan pada tahun 2004 untuk bekerja sebagai model dan pelakon.

Sumber: South China Morning Post / Taiwan News via Gempak

Be the first to comment on "Rebah Ketika Jalani Penggambaran, Pelakon Kacak Godfrey Gao Disahkan Men1nggaI Dvnia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*