Padu! Ultras Malaya Kini Terkenal Di Media Antarabangsa

Kelmarin skuad negara telah membanggakan rakyat Malaysia dengan kemenangan 2-0 keatas Indonesia. Namun, pujian juga harus diberikan kepada para penyokong Malaysia iaitu Ultras Malaya yang tidak pernah ketinggalan memberi sokongan padu setiap kali Malaysia bermain.

Ultras Malaya yang telah menggamatkan suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dibanjiri hampir 85,000 penyokong.

Sorakan Ultras Malaya bukan sahaja menggemparkan suasana di stadium malam tadi, malah sorakan mereka juga kini telah tular di media antarabangsa.

Kini video sorakan Ultra Malaya telah tersebar luas di media-media antarabangsa, rata-rata mereka kagum dengan semangat yang ada pada penyokong bola sepak Malaysia dan ada yang mahu membawa mereka untuk menjadi penyokong untuk pasukan lain.

Inilah semangat penyokong yang kita mahukan dalam setiap sukan yang disertai Malaysia, hasilnya kita bukan sahaja memperolehi kemenangan malah berjaya menjadi inspirasi.

Apa pula pendapat anda?

Sumber : CARI

Be the first to comment on "Padu! Ultras Malaya Kini Terkenal Di Media Antarabangsa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*