“Mungkin dah tua, tapi dimata ibu dia tetap gadis kecil” – Video ‘Adorable’ Wanita 84 tahun Dapat Gula-gula Dari Ibu 107 Tahun Buat Netizen Cair

Takkan ada perkara yang lebih adorable dalam dunia ini apabila melihat warga emas berumur 84 tahun tersenyum riang apabila dia menerima gula-gula daripada ibunya yang berumur 107 tahun.

Video detik manis di Wilayah Henan, China itu dirakam selepas majlis bersanding pada hari Ahad lepas.

Dia mungkin 84 tahun, tapi di mata ibunya, dia masih anak gadis kecil”

Menerusi Nextshark, ibunya yang berumur 107 tahun itu ada menghadiri satu majlis perkahwinan, dalam majlis tu dia ada ambil gula-gula yang disediakan untuk tetamu yang hadir.

Bila dah sampai rumah dia bagi gula-gula itu kepada anak sulungnya yang berumur 84 tahun itu. Kata cucu kepada ibu 107 tahun itu, mak ciknya tersenyum manis apabila menerima gula-gula daripada emaknya.

“Bila dia bagi gula-gula tu dekat makcik saya, dia terus tersenyum. Macam ni la anak-anak suka kalau dapat gula-gula daripada maknya kan?”

Rakaman wanita 84 tahun itu tersenyum gembira mendapat perhatian netizen dan ramai yang tersentuh dan cair apabila melihatnya.

Rata-rata memberikan komen membina apabila melihat keutuhan hubungan ibu dan anak biarpun masing-masing dah menjangkau usia emas.

“Dia mungkin 84 tahun, tapi di mata ibunya, dia masih anak gadis kecil”, kata cucunya

Katanya lagi, kalau lah umurnya dah menjangkau 80 an dan ibunya masih hidup pasti dia juga akan gembira. Malah ada netizen yang memberikan sokongan dan dorongan semangat kepada ibu dan anak ini.

“Harap ibu dan anak ini dipanjangkan umur

“Harap bila saya dah 80 an nanti, ibu saya akan ada lagi dan bagi saya gula-gula”

“Tak kisah lah tua mana pun kita, dalam hati mak, kita tetap anak-anak yang sukakan gula-gula”

Alahai, admin sendiri teringat bila admin tak ikut mak pergi kenduri kahwin, dia bawa gula-gula untuk admin bila dah balik rumah masa kita kecil dulu.

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "“Mungkin dah tua, tapi dimata ibu dia tetap gadis kecil” – Video ‘Adorable’ Wanita 84 tahun Dapat Gula-gula Dari Ibu 107 Tahun Buat Netizen Cair"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*